awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia di Kazakhstan disaran segera berhubung dengan kedutaan - Saifuddin

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
07/01/2022
09:56 MYT
Rakyat Malaysia di Kazakhstan disaran segera berhubung dengan kedutaan - Saifuddin
Konflik di Kazakhstan bermula selepas bantahan rakyat berkaitan kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG) yang kemudiannya berubah menjadi pertempuran dengan polis pada Rabu. - Gambar fail/AP Newsroom
KUANTAN: Rakyat Malaysia yang berada di Kazakhstan, dinasihatkan untuk segera berhubung dengan kedutaan ekoran keadaan yang tidak menentu di negara itu ketika ini.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata walau bagaimanapun satu kenyataan rasmi yang lebih terperinci akan dikeluarkan Wisma Putra pada esok Sabtu 8 Januari.
Tambah Saifuddin, kesemua 50 orang itu adalah di dalam keadaan yang selamat namun mereka perlu mendapatkan maklumat lanjut daripada kedutaan Malaysia di sana.
"Wisma Putra akan mengeluarkan kenyataan rasmi tentang Kazakhstan ini pagi esok tetapi saya boleh sebut sekarang secara ringkas kita ada lebih kurang 50 orang rakyat Malaysia di Kazakhstan dan mereka dalam keadaan yang selamat.
"Nasihat kita kepada rakyat Malaysia di sana ialah berhubunglah dengan kedutaan kita untuk mendapatkan sebarang maklumat tetapi pagi esok kita akan keluarkan kenyataan yang lebih terperinci tentang Kazakhstan," katanya.
Saifuddin berkata demikian pada sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota Kuantan pada Jumaat.
Konflik di Kazakhstan bermula selepas bantahan rakyat berkaitan kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG) yang kemudiannya berubah menjadi pertempuran dengan polis pada Rabu.
Menurut laporan, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev turut meminta bantuan satu pasukan pengaman dari negara-negara bekas Soviet yang diketuai Rusia, dihantar ke Kazakhstan untuk membantu menstabilkan negara tersebut.
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#Saifuddin Abdullah
#Wisma Putra
#Kazakhstan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan