Kementerian Luar Negeri mengeluarkan notis segera kepada rakyat Malaysia di UK hari ini selepas beberapa siri protes yang sedang berlaku di beberapa kawasan di UK, berikutan insiden tikam di Southport pada 29 Julai.
"Rakyat Malaysia yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London amat digalakkan untuk melakukannya segera bagi memastikan mereka menerima maklumat dan bantuan yang tepat pada masanya," menurut kenyataan itu.
Menurut Kementerian Luar Negeri, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di alamat 45 - 46 Belgrave Square, London, UK atau telefon +44 20 3931 6196 atau +44 20 7235 8033 atau e-mel di [email protected].
Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, UK sedang memantau keadaan dengan teliti dan akan berusaha untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang sebarang perkembangan terkini.
-- BERNAMA