SINGAPURA: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Azfar Mohamad Mustafar mengingatkan rakyat Malaysia termasuk golongan yang bekerja di sini supaya sentiasa cakna dengan perkembangan undang-undang negara berkenaan.
Katanya ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa di negara ini.
“Saya harap semua sentiasa ‘update’ (cakna) tentang undang-undang Singapura. Baru-baru ini ramai yang kena tahan bawa vape (rokok elektronik) dan sebagainya.
“Apabila disiasat, pasport kena ambil dan tidak boleh balik ke Malaysia dan ini akan sebabkan banyak masalah dan kadang kala apabila majikan tahu, mereka akan terus diberhentikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, di sini, Rabu malam.
Majlis anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia itu dihadiri lebih 80 rakyat Malaysia yang majoritinya terdiri daripada golongan pekerja.
Vape adalah diharamkan di Singapura dan menjadi satu kesalahan untuk memiliki, membeli atau menggunakan rokok elektronik dan komponen berkaitannya serta pesalah boleh didenda sehingga S$2,000 (RM7,000) bagi setiap kesalahan.
Ia juga merupakan satu kesalahan untuk menjual, memiliki untuk dijual, mengimport atau mengedar rokok elektronik dan komponen berkaitannya.
Pesalah boleh didenda sehingga $10,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan didenda sehingga $20,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan kedua atau seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
Rakyat Malaysia termasuk golongan yang bekerja di Singapura diingatkan supaya sentiasa cakna dengan perkembangan undang-undang negara berkenaan. - Gambar hiasan
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Dana pilihan raya India: Modi dan Gandhi saling menuduh
Ambani dan Adani tidak memberi sebarang komen tentang siapa yang disokong dalam pilihan raya, manakala kedua-dua Modi dan Gandhi tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan mereka.
Tujuh terbunuh di Pakistan disyaki serangan etnik
Tujuh lelaki pekerja asing maut dipercayai ditembak oleh militan pemisah yang terbabit dalam keganasan etnik terhadap orang asing di barat daya Pakistan.
Junta Myanmar rancang adakan semula pilihan raya
Ketua Tentera Myanmar membincangkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya di negara itu bersama bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Eurovision: Tahap keselamatan dipertingkat menjelang separuh akhir
Protes pro-Palestin dirancang di bandar tersebut secara besar-besaran, dengan perhatian diberi terhadap prestasi wakil Israel.
Ziarah masuk raudah antara program untuk jemaah haji
Jemaah haji yang masuk ke Madinah sebelum ke Mekah akan melalui beberapa siri program yang telah diatur oleh pihak Tabung Haji.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Rakyat Malaysia diingatkan cakna perubahan undang-undang Singapura
Ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa.