awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza

Bernama
Bernama
09/05/2024
20:30 MYT
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Wai Ching berkata penyertaan itu bukan semata-mata untuk menambah koleksi kejuaraan namun lebih kepada usaha beliau mempopularkan sukan mendaki tangga itu. - Foto Instagram/mastowerrunner
KUALA LUMPUR: Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza yang dijadualkan berlangsung di ibu negara Ahad depan (19 Mei).
Atlet berusia 30 tahun itu berkata penyertaan itu bukan semata-mata untuk menambah koleksi kejuaraan namun lebih kepada usaha beliau mempopularkan sukan mendaki tangga itu.
"Saya sentiasa mewajibkan diri saya untuk mengambil bahagian dalam seberapa banyak pertandingan yang dianjurkan di Malaysia. Ini kerana saya menggalas tanggungjawab untuk mempertahankan gelaran di laman sendiri daripada dimenangi oleh pesaing luar negara.
"...sudah menjadi tugas utama saya selama ini untuk mempromosikan sukan larian menara di tanah air. Harapan saya adalah agar acara larian menara boleh diadakan secara lebih kerap," katanya menerusi kenyataan.
Larian Menara Naza yang dianjurkan Hybrid Management Sdn Bhd itu akan mempertandingkan empat kategori iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Veteran Lelaki dan Veteran Wanita.
Sementara itu, Pengarah Perlumbaan Rex Lim mengesahkan telah menerima hampir 200 penyertaan setakat ini antaranya daripada atlet United Kingdom, Switzerland, Jepun, Kanada dan Kenya.
Pada Sabtu, Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di puncak Taipei 101 dengan rekod 18 minit dan 36.62 saat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Soh Wai Ching
#Larian Menara Naza
#Taipei 101
#pelari menara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan