Skip to main content

Malaysia

Rakyat Malaysia dinasihat kekal tenang, waspada jika terima amaran kecemasan Arab Saudi

The Consulate General of Malaysia in Jeddah advises all Malaysians residing in or travelling within Jeddah, Taif, Yanbu, Abha, Khamis Mushayt, Jizan, Najran, Al Ula and other areas that may receive alerts through Saudi Arabia’s National Early Warning Platform to remain calm, stay vigilant and strictly follow the instructions issued by the Saudi authorities.
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengambil langkah keselamatan sewajarnya sebaik menerima amaran kecemasan. - Gambar Facebook Consulate General of Malaysia, Jeddah
Advertisement

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menerima amaran menerusi Platform Amaran Awal Nasional Arab Saudi dinasihatkan supaya kekal tenang, berwaspada dan mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa negara itu.

Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengambil langkah keselamatan sewajarnya sebaik menerima amaran kecemasan.

"...termasuk berada di dalam bangunan jika keadaan mengizinkan, menjauhi tingkap dan kawasan terbuka, segera mencari tempat perlindungan sekiranya berada di luar, mengelakkan kawasan sesak atau yang berpotensi tidak selamat serta terus mengikuti pengumuman rasmi," menurut Konsulat Jeneral dalam nasihat keselamatan yang dimuat naik di Facebook pada Rabu.

Sekiranya berlaku kecemasan, mereka boleh menghubungi talian 911 bagi wilayah Makkah dan Madinah atau 998 bagi kawasan lain di Arab Saudi.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular kecemasan boleh menghubungi Konsulat Jeneral di talian +966 57 309 9589.

"Komuniti Malaysia dinasihatkan supaya tidak panik atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan. Sila bergantung hanya kepada maklumat dan arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa rasmi berkaitan," menurut nasihat itu.

Arab Saudi pada Selasa mengeluarkan amaran kecemasan mengenai "potensi bahaya" di Jeddah, Makkah dan Taif menerusi Platform Amaran Awal Nasional bagi Kecemasan susulan ketegangan yang meningkat dengan kumpulan Houthi.

Sistem pertahanan udara Arab Saudi memintas dan memusnahkan sebuah dron yang dilancarkan kumpulan Houthi berhampiran Makkah pada Selasa, menurut laporan media antarabangsa.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement