awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia ditembak di Golok meninggal dunia, terkena lapan das tembakan

Sinar Harian
Sinar Harian
02/11/2025
02:30 MYT
Rakyat Malaysia ditembak di Golok meninggal dunia, terkena lapan das tembakan
Mohd Fuad Fahmie (gambar kecil) yang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu. - Gambar Sinar Harian
PASIR MAS: Seorang rakyat Malaysia yang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu.
Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang berasal dari Kampung Kepas Apam di sini, meninggal dunia pada jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok selepas ditembak sebanyak lapan kali.
Ibunya, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata, dia dimaklumkan tentang kematian anaknya itu oleh menantu, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, kira-kira jam 9 malam.
Dia dimaklumkan mengetahui anaknya terkena lapan das tembakan itu pada jam 8 malam sebelum mendapat panggilan sekali lagi sejam kemudian mengatakan anaknya sudah meninggal dunia.
Sinar Harian Online melaporkan seorang rakyat Malaysia parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 6.40 petang itu mangsa yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dikatakan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.
Menurut jurucakap polis Narathiwat, siasatan awal mendapati kes tersebut dipercayai berpunca daripada masalah hutang hasil temubual dengan beberapa saksi yang berada berhampiran lokasi kejadian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#meninggal dunia
#Hospital Sungai Golok
#lapan das tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan