awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia, kedua selepas Turki jadi kurang terbuka terima pelarian akibat COVID-19 - Kajian

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
24/06/2021
15:09 MYT
Rakyat Malaysia, kedua selepas Turki jadi kurang terbuka terima pelarian akibat COVID-19 - Kajian
Kajian IPSOS mendapati kebanyakan rakyat Malaysia mahu sempadan terus ditutup untuk pelarian berbanding sebelum pandemik berlaku. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Rakyat Malaysia menjadi kedua selepas Turki yang mempunyai sentimen tertinggi mahu sempadan ditutup kepada pelarian disebabkan kebimbangan penularan pandemik COVID-19.
Berdasarkan tinjauan pendapat syarikat kajian pasaran berpangkalan di Perancis, Ipsos, 59 peratus rakyat Malaysia kurang terbuka terhadap kemasukan pelarian.
Ia berada di kedudukan kedua selepas rakyat Turki yang mencatat 67 peratus, walaupun negara itu sebelum ini mempunyai dasar yang agak terbuka terhadap pelarian.
Pengarah Bersekutu dan Perhubungan Awam Ipsos, Lars Erik Lie berkata, kebanyakan rakyat Malaysia mahu sempadan terus ditutup untuk pelarian berbanding sebelum pandemik berlaku.
Ujarnya, keadaan itu yang turut dihadapi negara lain adalah seiring dengan keadaan semasa COVID-19, selain disebabkan tekanan kewangan ketika ini.
Berdasarkan kajian yang sama, kadar keterbukaan rakyat Malaysia hanya berada pada tahap 10 peratus, manakala 32 peratus lagi tidak pasti.
Selain Turki dan Malaysia, data itu turut menunjukkan, rakyat Korea Selatan turut mempunyai sentimen menolak pelarian dengan kadar 42 peratus kurang terbuka.
Sementara itu, rakyat India lebih terbuka menerima pelarian dengan kadar paling tinggi iaitu 23 peratus, diikuti Australia dan Amerika Syarikat (AS) masing-masing 20 peratus.
United Kingdom (UK) pula mencatatkan 19 peratus, disusuli Korea Selatan (13 peratus) dan Jepun (12 peratus).
Dalam pada itu, kajian mendapati, kadar purata sentimen rakyat negara seluruh dunia bagi keterbukaan menerima pelarian adalah 14 peratus.
Kajian turut menyatakan 82 peratus rakyat Malaysia mahu sempadan ditutup sepenuhnya kepada pelarian bagi tahun 2020 dan 2021.
Kajian itu membabitkan 19,510 orang dewasa berusia antara 16 hingga 74 tahun menerusi panel IPSOS yang diadakan secara maya mulai 21 Mei hingga 4 Jun 2021.
Topic Berkaitan
#Ipsos
#Kajian
#tinjauan pendapat
#Lars Erik Lie
#kurang terbuka
#pelarian
#Sempadan Negara
#ditutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan