Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah rakyat Malaysia tidak kira di mana sahaja berada hendaklah terus mengekalkan nama baik dan imej negara dengan mengamalkan etika kerja mulia serta menghormati undang-undang dan budaya tempatan.
Titah Seri Paduka selain itu, rakyat Malaysia hendaklah juga mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara.
"Keamanan, kemajuan dan kemakmuran dinikmati oleh Malaysia bukan sesuatu yang boleh diambil ringan.
"Sebagai rakyat Malaysia yang mencintai tanah airnya, sebarang usaha untuk menggugat keselamatan negara hendaklah dihindari dan dijauhi," titah Sultan Abdullah pada majlis Santapan Malam bersama kira-kira 200 rakyat Malaysia yang bermastautin di sini malam ini.
Majlis bersama diaspora Malaysia itu adalah sebahagian daripada rangka lawatan negara Sultan Abdullah selama tiga hari di Brunei bermula hari ini. Brunei merupakan negara sulung dikunjungi Sultan Abdullah sejak ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas.
Lawatan berkenaan bertujuan mengukuhkan lagi hubungan diraja antara kedua-dua negara yang terjalin lebih tiga dekad.
Turut berangkat mencemar duli, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Hadir sama, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Ismail Salam serta tetamu terdiri daripada pelajar, ahli akademik serta wakil Pertubuhan Kebajikan Melayu Semenanjung Malaysia dan Persatuan Warganegara Malaysia.
Seri Paduka bertitah kejayaan rakyat serta syarikat Malaysia di negara ini, tidak akan dinikmati tanpa sokongan dan persefahaman erat daripada kerajaan Brunei di bawah naungan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Dari aspek ekonomi, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa bangga keupayaan syarikat milik rakyat Malaysia yang menjalankan urusan perniagaan dan beroperasi di negara ini.
Seri Paduka bertitah kejayaan itu dicapai melalui dasar kerajaan Brunei dalam memudahkan iklim perniagaan di samping menggalakkan kemajuan ekonomi melalui kemasukan pelaburan langsung asing.
"Dalam konteks ini, saya ingin menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang telah memberi peluang kepada rakyat dan syarikat Malaysia untuk menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara Brunei Darussalam," titah baginda.
Seri Paduka bertitah baginda dan Raja Permaisuri Agong berasa sukacita diberi ruang bertemu rakyat Malaysia di sini, kerana ia merupakan peluang penting bagi mengetahui kebajikan dan perkembangan rakyat, walau di mana mereka berada.
Titah Sultan Abdullah, kedua-dua negara mempunyai hubungan yang sangat akrab dan istimewa, didukung dengan ikatan erat dalam pelbagai aspek termasuk sejarah, agama, budaya, bangsa serta bahasa.
Sementara itu, Ismail dalam sembah ucapannya berkata terdapat 25,000 rakyat Malaysia bermastautin di negara ini, dengan 10,000 daripadanya golongan profesional antaranya dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran serta ahli perniagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 18 2019
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan titah ucapan pada Majlis Santapan Malam Bersama Rakyat Malaysia sempena Lawatan Negara Seri Paduka selama tiga hari bermula Ahad. - BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Ancaman Israel untuk serang Rafah boleh cetuskan konflik dengan Mesir
Ancaman tentera Israel untuk menyerang Bandar Rafah di Semenanjung Gaza, Palestin boleh mencetuskan konflik dengan Mesir, kata Duta Mesir ke India Wael Mohamed Awad Hamed.
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sultan Pahang zahir dukacita kejadian lempar bom petrol
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan kejadian serangan bom petrol di cawangan KK Mart di Sungai Isap, Kuantan.
Jabatan Pertanian pilih pokok untuk upacara penanaman di Istana Negara
Jabatan Pertanian telah diberi kepercayaan memilih spesies pokok bagi upacara menanam pokok bersempena dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja sejak 2019.
Utamakan titah Al-Sultan Abdullah agar jaga perpaduan - Fahmi
Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai aspek perpaduan dalam negara harus diutamakan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Yang di-Pertuan Agong sentiasa zahir ucapan terima kasih kepada juruterbang, anak kapal
Kapten Ahmad Najhan Mohd Jamil berkata Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga memiliki keperibadian sama.
Istiadat keberangkatan balik yang tidak dapat dilupakan - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka ke Pahang selepas tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 har
Ribuan rakyat Pahang sambut keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah
Mereka yang datang dari serata daerah berkumpul di lokasi ditetapkan termasuk Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dibuka khusus kepada orang ramai.
PM Anwar menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Raja Permaisuri
Menerusi catatan di Facebook, Anwar turut mendoakan Seri Paduka berdua dan paduka-paduka anakanda serta seluruh kerabat diraja diberikan keafiatan.
Jemaah Menteri menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah akan sentiasa dikenang sebagai raja yang berjiwa rakyat dan ketua negara yang komited menyelesaikan segala cabaran dihadapi negara.
Al-Sultan Abdullah catat lembaran sejarah baharu, unik - PM
Pemerintahan Seri Paduka Baginda yang merakyat disulam hikmah keadilan serta kebijaksanaan tentunya dikenang rakyat.