KUALA LUMPUR: Tiga hari lagi genap setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim menggalas tugas sebagai perdana menteri dan kerajaan perpaduan dibentuk.
Dalam tempoh setahun ini, banyak cabaran yang terpaksa ditempuh oleh Anwar sebagai perdana menteri sebuah kerajaan yang mengandungi banyak parti.
Penulis Buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia, Dr G Manimaran berpendapat, Anwar merupakan perdana menteri pertama mendapat cabaran yang begitu sengit.
"Secara keseluruhan saya melihat, inilah perdana menteri kali pertama dalam sejarah berhadapan cabaran yang begitu sengit.
"Semua perkara, politik, agama, ekonomi dan sosial, semua empat sudut, tak ada mana-mana perdana menteri yang pernah sebab perdana menteri sebelum ini majoritinya selesa, cukup kuat dua pertiga.
"Kali ini tidak dapat bentuk kerajaan dengan gabungan sendiri kecuali kerajaan campuran kerana sokongan berbagai parti. Jadi beliau perlu memainkan peranan yang lebih seimbang supaya tidak menjejaskan undi kepadanya pada Pilihan Raya Umum ke-16, mungkin dua tahun dari sekarang," katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Dalam tempoh setahun ini jelasnya, banyak rungutan diterima dan ada yang berpendapat kerajaan ini terlalu bergantung kepada sosok Anwar.
Malah ujarnya, ada juga yang berpendapat begitu ramai yang membarisi Kabinet Anwar tidak efektif dan dilihat bekerja secara sendirian.
Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata, kelemahan komunikasi strategik menjadi punca Kerajaan Perpaduan ini dilihat tidak efektif.
"Kalau kita melihat dalam konteks ini, rata-rata menyifatkannya kelemahan dalam konteks komunikasi strategik kerajaan.
"Naratif-naratif atau inisiatif-inisiaif yang dikemukakan kerajaan walaupun baik sebenarnya tetapi gagal diangkat untuk diterima oleh rakyat terbanyak.
"Sebagai contoh ketika PRN baru-baru ini, kalau kita lihat pengumuman kenaikan subsidi padi kepada pesawah yang diumumkan pada penghujung kempen.
"Semasa kami turun ke bawah perkara itu tidak sampai kepada kelompok sasar iaitu pesawah dan petani, bagi saya ada masalah di situ dalam konteks penyampaian kerajaan," katanya.
Hisomuddin menjelaskan isu komunikasi strategik kerajaan itu perlu segera diatasi kerana rakyat makin mudah mendapat maklumat dengan adanya media sosial.
Untuk tahun-tahun mendatang sebelum tibanya PRU16 katanya, rakyat berharap agar perdana menteri dan kerajaan memberi tumpuan kepada isu ekonomi.
Ujarnya, segala kelemahan dalam masa setahun ini perlu segera diatasi selain berusaha untuk memulihkan ekonomi rakyat.
Astro Awani
Tue Nov 21 2023

Dalam tempoh setahun ini, banyak cabaran yang terpaksa ditempuh oleh Anwar sebagai perdana menteri sebuah kerajaan yang mengandungi banyak parti. - Gambar fail/Bernama

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Filipina dan China berbalah isu pertembungan kapal
Filipina dan China saling menuduh berhubung perlanggaran kapal mereka di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan ketika ketegangan mengenai tuntutan di laluan air penting itu memuncak.
12 minggu bersaing, juara milik siapa?
Malam penentu, siapakah bakal muncul juara All Stars Gegar Vaganza. Asyraf Roslan berikan analisis awal mengenai peluang setiap finalis.

Kerajaan terus komited bangunkan belia - TPM
Kerajaan Perpaduan terus komited memberi tumpuan khusus kepada golongan belia bukan sahaja di bandar tetapi menjangkau ke kawasan desa dan pendalaman di seluruh negara.
Laporan Khas: Penduduk bimbang keselamatan keluarga
Apartment Idaman, Damansara Damai menjadi tumpuan pihak polis dan media sejak penemuan mayat kanak-kanak Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang disahkan meninggal akibat dibunuh.
Forensik masuk kediaman mangsa, kumpul sampel DNA
Polis meneruskan usaha mengesan petunjuk baharu dengan mengambil bukti dan sampel DNA dari rumah mangsa Zayn Rayyan yang mati dibunuh.
MEASAT berada di lapangan, beri perkhidmatan terus ikut kehendak pelangan
Pengerusi MEASAT Global Berhad, Rezza Hassan berkata demi memastikan perkhidmatan ketersambungan internet dapat memberi manfaat maksimum kepada pengguna luar bandar, MEASAT memastikan wakil perkhidmatannya berada dekat dengan pengguna. Jelasnya, ini salah satu keunikan MEASAT yang sememangnya berada dilapangan, dan membolehkan penyediaan perkhidmatan mengikut keperluan individu pelanggan.
MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
etua Pegawai Operasi MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd, Yau Chyong Lim berkata MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu. Jelasnya, setakat ini MEASAT berjaya memberi sambungan internet kepada hampir 4,000 kampung yang meliputi hampir 500,000 populasi seluruh negara.

Kerajaan terus komited bangunkan belia - TPM
Kerajaan Perpaduan terus komited memberi tumpuan khusus kepada golongan belia bukan sahaja di bandar tetapi menjangkau ke kawasan desa dan pendalaman di seluruh negara.

Selangor negeri pertama bakal anjur Program Setahun Bersama Kerajaan Madani
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani peringkat negeri akan dimulakan di Selangor pada Januari tahun depan, kata Perdana Menteri.

PM dan dua TPM sahkan cubaan 'tebuk atap' tidak akan berjaya
Perdana Menteri mendedahkan, tiada sekalipun pertelagahan akibat perbezaan parti dalam kerajaan Persekutuan walaupun pentadbiran diketuainya dibentuk dengan gabungan 18 parti politik.

Rebut peluang mendaftar untuk menang pangsapuri
Ramai yang mengambil peluang pada hari terakhir Program Setahun Bersama Kerajaan Madani untuk mendaftar bagi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama sebuah pangsapuri.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Disember 2023.

UMNO akan perkukuh, pertahan Kerajaan Perpaduan - MKT UMNO
Majlis Kerja Tertinggi UMNO menegaskan UMNO akan terus memperkukuhkan dan mempertahankan Kerajaan Perpaduan.

Malaysia di landasan tepat untuk terus maju - PM
Malaysia berada di landasan tepat untuk terus maju berdasarkan kejayaan mencapai kestabilan politik dan keamanan yang dikecapi.

Program seperti e-Madani akan diteruskan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan pemberian subsidi akan memberi faedah kepada 3.5 juta orang asing dan dimanfaatkan oleh golongan terkaya.

'Di mana yang tidak Melayunya?', soal PM Anwar
Perdana Menteri menyanggah dakwaan sesetengah pihak, terutamanya daripada pembangkang yang mengatakan Kerajaan Perpaduan tidak memberi tumpuan kepada orang Melayu.

Rombakan Kabinet: Tidak adil buat penilaian dalam tempoh setahun - PM
Menteri atau timbalan menteri harus diberi peluang memperbaiki prestasi mereka termasuk beliau sendiri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.