awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat M'sia di Mesir diminta elak kawasan darurat

Bernama
Bernama
01/02/2013
02:47 MYT
Rakyat M'sia di Mesir diminta elak kawasan darurat
Rakyat Malaysia yang menetap di Mesir dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang perjalanan ke tiga buah bandar utama iaitu Port Said, Suez dan Ismailia yang kini di bawah perintah darurat.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah mengeluarkan notis kepada rakyat Malaysia berikutan perintah darurat yang dikeluarkan oleh kerajaan Mesir.
Beliau berkata situasi di beberapa bandar raya Mesir masih lagi berada dalam keadaan bergolak dan tidak menentu berikutan pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan yang dijangka akan berlarutan.
"Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya mengelak daripada berada di Dataran Tahrir dan kawasan berhampiran iaitu Kementerian Dalam Negeri, bangunan Parlimen, persisiran Sungai Nil dan Istana Presiden," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Bagaimanapun, beliau berkata tiada laporan mengenai penglibatan rakyat Malaysia dalam pertempuran tersebut.
Anifah juga menasihatkan rakyat Malaysia yang bercadang ke Mesir untuk sentiasa berhati-hati dan peka serta tidak melakukan perjalanan ke kawasan berkonflik tinggi.
"Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk sentiasa bergerak dalam kumpulan dan mengelak daripada menyertai sebarang perhimpunan besar dan demonstrasi," katanya.
Beliau meminta rakyat Malaysia di negara itu supaya sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia yang beralamat 21, El Aanab Street, Mohandesseen, Giza, Mesir.
Kedutaan tersebut juga boleh dihubungi di talian (202) 37610013/19/68/73 atau (202) 37610216 (Faks), atau e-mel di alamat [email protected].
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Anifah Aman
#Ismailia
#Kedutaan Besar Malaysia
#Mesir
#Port Said
#Suez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan