awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat pelbagai kaum diseru bersama PM Najib pertahan Palestin

Bernama
Bernama
16/12/2017
12:01 MYT
Rakyat pelbagai kaum diseru bersama PM Najib pertahan Palestin
Rakyat Malaysia diseru bersama-sama menyertai perhimpunan mempertahankan Palestin di Masjid Putra, Putrajaya Jumaat depan. - Gambar fail Bernama
Rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama perlu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai perhimpunan besar-besaran bagi mempertahankan Palestin di Masjid Putra, Putrajaya Jumaat depan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata rakyat di negara ini perlu bersatu padu dan melupakan seketika pertikaian perbezaan politik bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap Palestin.
"Isu Palestin merupakan satu perkara yang besar kerana ia mencabuli perundangan antarabangsa sekali gus menyukarkan usaha perdamaian yang sedang diusahakan ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi wartawan sambilan Berita Harian Pasir Puteh, Rokaid Chik di rumahnya di Selising di sini, hari ini.
Najib serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan bersama-sama menghadiri perhimpunan besar-besaran bagi mempertahankan Palestin di Masjid Putra pada 22 Dis ini.
Perhimpunan selepas Solat Jumaat itu akan melibatkan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Dr Asyraf Wajdi Dusuki
#Islam
#kerajaan
#Masjid Putra
#Najib Razak
#NGO
#Palestin
#PAS
#Perdana Menteri
#perhimpunan
#PM
#politik
#Putrajaya
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan