Rakyat di seluruh pelosok negara digesa agar bersikap inklusif bukan eksklusif dalam semangat keberkesamaan di bawah payung 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata menerusi pendekatan seumpama itu, negara akan kekal menjadi kuat sebagaimana Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan yang berfungsi di bawah mandat rakyat pada pilihan raya umum ke-13.
"Kalau kita bersikap inklusif sama ada kita daripada etnik besar, minoriti ataupun kecil sama ada di bandar, luar bandar dan pedalaman kita semua mesti merasai semangat keberkesamaan.
"Kita semua mesti merasai bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan untuk kita dan akan terus memperjuangkan untung nasib kita dan rakyat Malaysia akan mendapat pertimbangan yang adil dan saksama di bawah kerajaan BN," katanya ketika berucap pada majlis Ngabang Gawai di Rumah Panjang Jangit, Tamin, kira-kira 60km dari Sibu.
Majlis itu turut dihadiri isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang mewakili Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Mahmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun yang juga anggota Parlimen Selangau dan tuai rumah panjang itu.
Najib berkata kerajaan BN akan berusaha untuk tidak mensia-siakan sokongan rakyat termasuk masyarakat Iban di rumah panjang di Sarawak bagi meneruskan agenda pembangunan negara.
"Menerusi mandat rakyat kita akan menunaikan aku janji kita kepada rakyat. Berbanding apa sahaja pembangkang lakukan, mereka banyak janji manis yang tidak mungkin mampu ditunaikan. Mereka hanya mimpi, mereka kemaruk dan mereka mabuk kuasa, tetapi BN... kita mendapat mandat dengan penuh rasa tanggungjawab.
"Amanah ini berat, bukan amanah ini kita boleh sia-siakan. Sebab itu hari Ahad saya tetap bekerja sebagai perdana menteri kerana kita serius mendapat mandat yang tidak memandang ringan amanah rakyat," katanya.
Perdana menteri berkata antara buktinya kerajaan persekutuan akan meneruskan Program Sentuhan Rakyat termasuk memperuntukkan RM30 juta dana tambahan untuk meneruskan usaha pengukuran perimeter tanah adat Bumiputera di Sarawak tahun depan.
Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan peruntukan RM2 juta bagi membaik pulih dan membangunkan Rumah Panjang Jangit dan Rumah Panjang Ringkai yang berhampiran.
Terdahulu, ketibaan Najib disambut dengan penuh adat tradisi kaum Iban pada sambutan majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang di rumah panjang yang mempunyai 35 pintu itu bagi meraikan perayaan Gawai bersama-sama perdana menteri.
Pelbagai lapisan masyarakat Iban dari peringkat tua, muda dan kanak-kanak berpusu-pusu bersalaman dengan Najib sebaik perdana menteri yang diiringi Rosmah tiba bagi meneruskan lawatan Gawai di rumah panjang keluarga Entulu.
Sementara itu, Entulu dalam ucapannya berharap kunjungan Najib buat julung kali ke rumah panjang itu 'mengidupkan' semangat 1Malaysia dan masyarakat Iban juga harus mengamalkan amalan kunjung-mengunjungi orang Melayu semasa perayaan Aidilfitri Ogos ini.
Dalam pada itu, Ketua Kampung Naslabi Sungai Pakoh Jaibin Dana begitu gembira bertemu pemimpin nombor satu negara itu yang pertama kali mengunjungi rumah panjang itu.
"Inilah kali pertama berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Beliaulah juga perdana menteri pertama Malaysia yang melawat rumah panjang ini," katanya.
Bernama
Sun Jun 09 2013
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Penyelarasan projek perumahan mampu milik di bawah KPKT - Zuraida
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menyelaraskan projek perumahan mampu milik dan diletakkan di bawah KPKT bagi memudahkan pengurusan.
KR1M 2.0: Jual barangan berjenama tetapi harga bawah pasaran - PM
Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelak akan menampilkan konsep yang berbeza.
Najib lancar ikon 1Malaysia Negaraku
Penjenamaan semula ikon 1Malaysia itu adalah bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat yang telah begitu sinomim dengan kedua-dua konsep berkenaan.
Perlembangaan Persekutuan perlu diajar sejak di sekolah rendah - Bekas Hakim
Datuk Mohd Noor Abdullah berkata perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan boleh diajar kepada murid-murid berdasarkan tahap pemahaman mereka.
Malaysia akan terus hantar pelajar ke Jepun dan Korea - PM Najib
Malaysia telah menghantar banyak pelajarnya ke Jepun dan Korea Selatan, dan akan terus berbuat demikian, serta ke hampir seluruh dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
UTC model realisasi slogan 1Malaysia - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pusat Transformasi Bandar (UTC) merupakan model realisasi slogan '1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
Pelihara penyatuan rakyat atas semangat 1Malaysia - Muhyiddin
Sejarah kegemilangan penyatuan rakyat di bawah sebuah negara bernama Malaysia mesti terus dipelihara dan diteruskan atas semangat 1Malaysia.
Majlis Konsultasi Negara dilancar bagi pupuk perpaduan
MKPN yang dianggotai 30 panel terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli akademik, ahli politik, pegawai-pegawai kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan aktivis.
KPDNKK sedia pertimbang cadangan KR1M hanya untuk rakyat tempatan
Ia kerana KR1M diwujud sebagai alternatif kepada rakyat Malaysia berpendapatan rendah untuk memperoleh barangan keperluan asas pada harga lebih rendah.
Sidang Parlimen:Tiada lagi permit teksi tambahan
Kerajaan telah pun memberikan 1000 permit individu melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) 24 Mac yang lalu.