Kerajaan sentiasa komited untuk mengangkat agenda penyatuan nasional demi mempertahankan perpaduan sejagat di negara ini, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat terus memberi komitmen untuk bersama-sama menjaga keharmonian antara kaum dan agama dengan sebaik mungkin.
"Kita tidak mahu budaya etnosentrisme dan perkauman bersarang dalam diri rakyat sehingga menjejaskan hubungan antara kaum khususnya di Sabah.
"Sabah terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang sudah tentu menjadi keunikan dan khazanah berharga yang perlu dipelihara secara turun temurun. Dengan itu marilah kita bersama-sama menjaga sensitiviti dan menghormati kepelbagaian kepercayaan yang wujud di negeri ini," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar pada majlis perasmian penutupan program keharmonian antara agama, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Malaysia Datuk Baharin Idris dan Pengarah JPNIN Sabah Delin Liet Blaun.
Mengenai program itu, Mohd Shafie berkata ia sangat bertepatan untuk memupuk persefahaman dan semangat toleransi di antara para pemimpin agama di seluruh negara menerusi dialog antara agama yang berteraskan kepada dua paksi hukum agama asas yang diterima ramai iaitu "Kasihilah Tuhanmu dan Kasihilah Sesamamu" tanpa mengira kaum dan agama.
"Sesuatu kemusykilan yang timbul melibatkan isu keagamaan mampu diselesaikan dengan diuruskan secara berkesan apabila wujud ruang interaksi dialog dan perbincangan yang positif demi mewujudkan persekitiran yang harmoni dalam komuniti.
"Budaya membanding-bandingkan sesuatu kepercayaan dan kemudiannya membahaskannya demi memperoleh kebenaran bukanlah cara yang sesuai untuk dipraktikkan di sesebuah negara demokrasi yang terdiri daripada pelbagai kepercayaan, budaya dan kaum kerana sensitiviti masyarakat berbilang kaum perlu dijaga," tambahnya.
Beliau berkata keamanan dan kedaulatan negara perlu terus dijaga kerana hanya melalui perpaduan antara kaum yang membolehkan kerajaan melaksanakan segala perancangan dasar pembangunan negara untuk manfaat rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 25 2018
SHAFIE: Kita tidak mahu budaya etnosentrisme dan perkauman bersarang dalam diri rakyat.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Berlainan bangsa, budaya serta agama bukan halangan penyatuan dan perpaduan
Dengan amalan saling hidup bersatu dalam suasana penuh harmoni, hendaknya tidak ada mana-mana kaum yang mengganggap mereka dipinggirkan.
Jangan tular semula komen provokasi kaum lama - PDRM
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan semula satu komen berbaur perkauman secara provokasi yang pernah tular menerusi Facebook beberapa bulan lepas, kerana ia boleh menggugat ketenteraman
Jangan besarkan isu yang boleh jejas keharmonian kaum di Sabah
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah meminta semua pihak tidak membesarkan isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum di negeri ini.
MAIWP cadang memasyarakatkan masjid, santuni pelbagai kaum
Eratkan lagi perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan, selain menyemai sifat hormat-menghormati dan berkasih sayang sesama masyarakat.
Jangan biarkan perkara remeh gugat keharmonian kaum - Tun M
Rakyat Malaysia tidak harus membiarkan perkara remeh menjadi penyebab mereka membenci satu sama lain dan sebaliknya perlu berusaha mengukuhkan lagi hubungan antara kaum di negara ini.
Persefahaman agama kunci perpaduan - Waytha Moorthy
Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy hari ini menegaskan kepentingan memahami sensitiviti agama yang menjadi platform kepada keharmonian kaum di negara ini.
Isu Zakir Naik: Ada banyak lagi kenyataan sensitif, tapi hanya sepihak dipersalah - Mufti Perlis
Kata Mohd Asri, meskipun berbeza pendapat, adalah tidak adil apabila Dr Zakir dilayan sebegitu hingga dihukum keluar dari negara ini.
115 laporan polis diterima, Zakir Naik akan dipanggil beri keterangan - Mazlan
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, penceramah itu dipanggil selepas menerima 115 laporan polis berhubung perkara tersebut.
Khat jika tidak difahami, boleh akibatkan kekeliruan - Dr Sapora
Dalam negara berbilang kaum, agak sukar untuk mencapai keharmonian jika sesuatu perkara atau perlaksanaan dilihat dari aspek budaya emik sahaja.
Contengan rasis: Lelaki kutuk Melayu dihukum penjara 13 bulan, sembilan sebatan
Tertuduh menconteng lebih daripada 10 mesej rasis menggunakan pen dakwat kekal di tempat awam seperti dinding dan siar kaki berbumbung.