Masyarakat di negeri Sabah diseru agar tidak terpengaruh dengan dakyah sesetengah pihak yang cuba menghasut untuk merosakkan keharmonian dan kestabilan politik di negeri ini.
Menteri Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Dr Salleh Said Keruak berkata, terdapat pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan di negeri ini atas dasar kepentingan politik dan kepentingan diri semata-mata.
"Janganlah kita terpengaruh dengan pihak tidak bertanggungjawab ini yang mendakwa selama ini kita di Sabah tertindas dan terabai kerana untuk menjaga kestabilan dan keharmonian di negeri ini, kita harus bersikap sederhana dan saling menghormati sejajar dengan apa yang kita panggil sebagai semangat 1Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Kesyukuran Rumah Terbuka Tahun Baru Gabungan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Terawi dan Paroki Holy Nativity Parish Terawi di Kampung Terawi Penampang, hari ini.
Salleh turut menyatakan, masyarakat juga perlu bijak dalam membuat pilihan ketika pilihan raya dengan memilih kerajaan sedia ada kerana prestasi cemerlang kerajaan telah terbukti dengan pelaksanaan pembangunan dan kestabilan politik yang telah dikecapi sejak kemerdekaan.
"Apabila tiba pilihan raya nanti, kita keluar untuk memilih parti pemerintah yang mampu meneruskan kesinambungan kepada kestabilan, pembangunan dan juga masa hadapan negara khususnya negeri ini."
"Pihak lain iaitu pembangkang mereka hanya mengutamakan kepentingan politik semata-mata dan hanya timbul ketika pilihan raya dan selepas pilihan raya mereka akan hilang kerana tujuan mereka hanya atas dasar kepentingan politik semata-mata," katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan sentiasa komited dalam memperjuangkan dan menunaikan apa yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan jika terdapat perkara yang memerlukan penyelesaian, pintu perbincangan sentiasa terbuka untuk mencari jalan penyelesaian.
"Perdana Menteri kita juga ada mengatakan sebelum ini yang jika terdapat hak-hak yang tidak tertunai atau terambil kita akan kembalikan dan sebab itu juga kita wujudkan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu untuk mengkaji masalah ini agar dapat kita selesaikan," katanya.
Sempena majlis berkenaan, Salleh turut meluluskan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi membaik pulih tempat meletak kenderaan di kawasan berkenaan, meluluskan peruntukan berjumlah RM400,000 bagi membaik pulih dewan serta turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada seramai 66 orang warga emas.
Yang turut hadir Ketua Bahagian UPKO Bahagian Penampang Datuk Donald Mojuntin, Ketua UMNO Penampang Datuk John Ambrose, dan Pegawai Daerah Penampang Luvita Koisun.
Ruzaini Zulkepli
Sat Jan 13 2018
Datuk Dr Salleh Said Keruak berkata, terdapat pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan di negeri ini atas dasar kepentingan politik dan kepentingan diri semata-mata. - Foto Astro AWANI
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
SOP tangani COVID-19 untuk kebaikan semua - Mufti Kelantan
Beliau berharap masyarakat tidak termakan dengan dakyah-dakyah pihak tertentu termasuk berkaitan SOP PKP dan suntikan vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Audio tular: Zahid Hamidi seru ahli UMNO gerakkan media sosial
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua ahli UMNO supaya menggerakkan media sosial mereka untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang bertujuan melemahkan parti.
Rakyat Sabah diseru tidak terpengaruh dakyah pembangkang - Salleh
Masyarakat di negeri Sabah diseru agar tidak terpengaruh dengan dakyah sesetengah pihak yang cuba menghasut untuk merosakkan keharmonian dan kestabilan politik di negeri ini.
Pengambilalihan SPLASH: Dakwaan Khalid Ibrahim satu dakyah - Pejabat MB Selangor
Kerajaan Selangor masih belum memuktamadkan kos sebenar pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Berhad (SPLASH).
Anggota UMNO jangan leka layan dakyah tentang komplot gulingkan kerajaan - Razali
Anggota UMNO digesa agar tidak leka melayan dan percaya dengan dakyah kononnya 20 anggota BN terlibat dalam komplot menggulingkan kerajaan.