Rakyat sedang memerhati tingkah laku pemimpin UMNO sebelum mereka membuat keputusan sama ada memihak kepada parti atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpendapat, perlakuan pemimpin parti di semua peringkat semakin mudah dikesan rakyat berikutan perkembangan teknologi maklumat yang semakin pantas berkembang.
"Maklumat kini berada di hujung jari, apa sahaja yang berlaku membabitkan pemimpin politik semakin mudah diketahui umum.
"Kecanggihan penggunaan aplikasi mudah alih serta laman-laman sosial semakin menjadi medium utama kepada semua pihak mendapat pelbagai maklumat semasa.
"Jika perbuatan atau tingkah laku serta tindak-tanduk pemimpin UMNO yang dianggap negatif akan mudah menjadi cemuhan rakyat," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan merangkap Bendahari Barisan Nasional (BN) negeri itu turut mengingatkan bahawa rakyat mudah terpengaruh dengan laporan awal sesuatu kejadian atau maklumat.
"Berita pertama itulah yang akan menarik perhatian rakyat dan selepas itu walaupun ada penafian, audien tidak mudah mempercayai lagi kerana berpendapat lumrah bagi pemain politik membuat sesuatu penafian.
"Walaupun laporan awal itu berbau fitnah atau sengaja diputarbelitkan oleh pihak berkepentingan tetapi kesannya cukup besar kepada pemerhatian rakyat.
"Apatah lagi apabila masyarakat memandang sinis terhadap sesetengah pemimpin politik yang seringkali menyalahkan pihak media kononnya tersalah lapor berkaitan sesuatu kejadian atau isu," jelasnya.
Katanya lagi, ada kenyataan yang disalah erti pihak media sekali gus membuatkan rakyat menjadi bosan dan tidak mempercayai penafian berikutnya.
"Jadi, pemimpin UMNO sewajarnya memiliki sifat bertanggungjawab dan ikhlas berjuang untuk parti dan orang Melayu keseluruhannya.
"Apabila sikap bertanggungjawab menjadi sebahagian daripada acuan perjuangan maka apa juga perbuatan atau tingkah laku sudah pasti akan berasaskan kepada kesusilaan, berhemah dan menghormati orang lain.
"Dalam kerangka politik, tidak menjadi kesalahan jika bertindak agresif tetapi untuk menjadikan UMNO lebih dihormati maka tindak-tanduknya perlu bijak dan berhemah," katanya.
Tambah Syed Ali, pemimpin UMNO perlu mengambil iktibar bahawa orang Melayu adalah majoriti penyokong dan pengundi UMNO.
"Orang Melayu masih ada adat resam, budaya dan mengamalkan tatacara sebagai seorang Islam, tetapi apabila kesemua itu diketepikan kerana kepentingan politik, dikhuatiri UMNO akan dicemuh dan dibenci oleh orang Melayu itu sendiri.
"Barangkali mungkin hanya segelintir pemimpin UMNO yang tingkah laku atau perbuatannya tidak disenangi ramai tetapi kita kena ambil kira, kesannya akan meresahkan parti," ujarnya.
Syed Ali bagaimanapun melahirkan keyakinan bahawa UMNO akan terus kekal sebagai parti yang akan membentuk sebuah kerajaan yang lebih stabil pada PRU ke-14 akan datang.
"UMNO tidak akan 'tumbang' selagi kepercayaan dan kepentingan rakyat terutama orang Melayu masih terpelihara dan dipertahankan.
"UMNO akan kekal kukuh mendominasi kerajaan BN kerana orang Melayu masih memberikan sokongan kepada parti walaupun sekarang ini dilihat berdepan dengan cabaran yang agak kritikal," tegasnya.
Astro Awani
Wed Oct 12 2016
Rakyat sedang memerhati tingkah laku pemimpin UMNO sebelum mereka membuat keputusan pada PRU ke-14 nanti.
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai tugas menasihati Agong - Anthony Loke
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai menjalankan tugas menasihati serta mempersembahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong.
'Kami rela dituduh pelacur demi pertahankan perpaduan ummah' - Pemuda Pas Selangor
Pas rela dituduh demikian daripada menjadi 'pelacur politik dan kuasa' kerana rakus menggadai maruah agama dan bangsa untuk kehendak peribadi.
10,000 penduduk Rusia berarak bantah cara Putin tangani krisis politik
Perarakan seumpama itu jarang berlaku di Rusia, sekali gus menyaksikan keretakan dalam pimpinan Putin yang semakin dikecam.
Ahmad Faizal kekal Ketua Bersatu Bahagian Tambun, menang tanpa bertanding
Bersatu Perak mempunyak 277 Cawangan daripada 24 Bahagian yang melibatkan keahlian kira-kira 28,548 orang.
Kerajaan sedar naratif politik semasa - Dr Wan Azizah
Kerajaan sedar mengenai naratif politik semasa di mana rakyat mengharapkan sesuatu yang luar biasa dilakukan dalam memenuhi harapan masyarakat.
Pentadbir kena neutral, kesetiaan 'berbelah bagi' tidak menyumbang pada pentadbiran negara
Para pentadbir harus bersikap neutral dan patuh kepada kerajaan semasa yang dipilih rakyat walaupun mempunyai pendirian politik tersendiri bagi memastikan pentadbiran negara baik, kata Perdana Menteri
Muhyiddin nafi ada sengketa dengan Dr Mahathir
Mesyuarat khas tergempar yang diadakan Dr Mahathir baru-baru ini hanya untuk mendengar perbezaan pendapat susulan isu pelantikan Exco Johor yang baharu.
PRK Sandakan: Anak mendiang Stephen Wong diumumkan calon PH
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan anak mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen (P) 186 Sandakan.
Fitnah, berita palsu marak menjelang Pemilu 2019
Perkembangan pesat komunikasi siber mengundang masalah besar buat seluruh dunia lebih-lebih lagi pada negara yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 269 juta seperti Indonesia.
PRK Rantau: Ilham Centre jangka Mohamad Hasan akan menang
Ilham Centre menjangkakan Mohamad akan mengekalkan kerusi DUN Rantau dengan peralihan undi daripada PH kepada BN sebanyak 24.5 peratus.