Rakyat berbilang kaum, agama dan peringkat umur dari segenap lapisan masyarakat harus bersatu untuk memupuk perpaduan di negara ini, menurut sebuah buku berjudul "Dialog: Thoughts on Tunku's Timeless Thinking."
Datin Seri Sharifah Menjelara Hussein, cucu kepada Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, berkata buku antologi edisi kedua dapat disimpulkan sebagai garis panduan yang baik untuk Malaysia kerana ia memaparkan banyak perumusan utama oleh Allahyarham semasa eranya.
"Banyak rakyat Malaysia membawa ciri-cirinya. Perlembagaan persekutuan digubal di bawah pengawasannya. Banyak nilai-nilai nasional yang dipromosikannya seperti keharmonian Malaysia, merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin, yang semuanya adalah isu yang relevan.
"Sekiranya anda membaca akhbar hari ini, semuanya berkisar mengenai isu-isu yang diulas oleh Tunku Abdul Rahman ketika beliau masih hidup. Jadi kebijaksanaan itu kekal dan masih relevan sehingga hari ini," katanya.
Beliau memberitahu demikian kepada Bernama pada pelancaran buku berjudul 'Dialog: Thoughts on Tunku's Timeless Thinking serta memperingati ulang tahun kelahiran ke-116 Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, pada Rabu.
Buku antologi edisi baharu ini mengandungi beberapa esei baharu oleh beberapa aktivis dan pengulas utama Malaysia termasuk Datin Paduka Marina Mahathir, Khairy Jamaluddin dan Datuk Ambiga Sreenevasan.
Sharifah Menjelara berkata buku itu terdiri daripada pelbagai bahagian termasuk kepimpinan dalam kerajaan yang boleh menjadi rujukan yang baik kepada pemimpin sekarang.
"Semua penyumbang dalam bahagian itu saya fikir boleh menjadi menghasilkan perkara yang sangat relevan apabila merujuk kembali kepada Tunku dan mereka pastinya merasakan kebijaksanaan Tunku masih relevan untuk pemimpin hari ini. Maka mana-mana pemimpin yang mahu memimpin kerajaan hari ini boleh mengimbas kembali apa yang dikatakan oleh Tunku, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 13 2019
Sharifah Menjelara sifatkan buku antologi itu sebagai garis panduan yang baik untuk Malaysia. - Astro AWANI
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
#MZB365: Perpaduan dan keharmonian kaum perlu dipertahankan
Tindakan Ahmad Zaharil menunjukkan bahawa semangat perpaduan masih terus berkobar di hati rakyat Malaysia, dan bahawa keadilan tidak mengenal batasan etnik atau agama.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Sabar, fahami konteks dan jangan terburu-buru lakukan komen provokasi kaum - Pakar
Rakyat Malaysia seharusnya tidak memberi reaksi segera terhadap apa jua isu yang berkaitan dengan ketegangan kaum dan agama.
Mahathir tidak patut keluar kenyataan sentuh isu sensitif, kaum - Ramanan
Ramanan juga mendakwa bahawa pendirian bekas Perdana Menteri itu sendiri tidak konsisten dan sering bertukar parti politik.
Bangsa Malaysia konsep penyatuan, bukan lenyapkan mana-mana etnik
Aaron berkata, konsep Bangsa Malaysia sering kali disalah tafsir sebagai sentimen perkauman, sekali gus menjadi cabaran utama.
Agong seru IPT main peranan wujudkan akomodasi kaum
Titah baginda, semangat akomodasi antara kaum dan kesepaduan dalam kepelbagaian adalah ciri demokrasi Malaysia yang paling bestari
Usaha noktah kemiskinan tegar tidak hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja - PM
Pendirian Kerajaan Perpaduan adalah jelas iaitu memastikan semua yang ada di negara ini mendapat hak masing-masing berpandukan Perlembagaan Persekutuan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
Beri fokus kepada masalah ekonomi, tadbir urus - Anwar
Masalah yang dihadapi negara ketika ini adalah dari segi ekonomi dan tadbir urus yang harus diberi fokus dan bukannya ketidaksefahaman antara kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.