KUALA LUMPUR: Tahap kesihatan mental di negara ini semakin membimbangkan sejak pandemik COVID-19 bermula.
Pakar psikiatri, Dr Amer Siddiq Amer Nordin sebelum ini berkata, kehilangan kerja dan masalah kewangan dilihat faktor utama yang memerlukan perhatian khusus kerajaan.
Selain itu, faktor terkurung di rumah juga dilihat sebagai antara faktor yang menyumbang kepada tekanan hidup.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, ramai yang bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa langkah 'mengurung' rakyat tidak lagi sesuai.
Pensyarah Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Ishak Zainal, 62, berkata berkurung di rumah akan membuatkan seseorang individu berdepan dengan masalah kemurungan pada satu jangka masa tertentu.
"Kalau saya berkurung di rumah, ia seperti memberi tekanan kepada diri saya. Kita sekurang-kurangnya kena keluar dan berjakan-jalan di taman," katanya ketika ditemui di sini pada Selasa.
Sementara itu, penolong pengurus di butik pakaian, Ily Shazwani Dewaluddin, 36, yang senada dengan Ishak memberitahu, orang ramai perlu membiasakan diri dengan COVID-19 yang diisytiharkan sebagai endemik.
"Pada masa yang sama kita perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan bukan sahaja kita namun semua individu di sekeliling kita juga selamat," ujarnya.
Bagi eksekutif akaun, Nisah Maniarasu, 28, berkurung di rumah bukanlah pengalaman menarik kepada mereka yang mempunyai keluarga besar tetapi tinggal di rumah yang kecil.
"Perkara ini sendiri boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang terutama sekali jika berkurung untuk tempoh yang panjang," katanya.
Dalam pada itu, Helen Yew Pui Lyn, 24, yang merupakan eksekutif jualan memberitahu, meskipun sudah divaksinasi, orang ramai masih perlu menjaga diri sendiri dan jangan leka dengan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan.
Umavathi Ramayah
Tue Sep 14 2021
Tinjauan mendapati, ramai yang bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa langkah 'mengurung' rakyat tidak lagi sesuai. - Gambar/ Astro AWANI
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Rakyat sokong langkah 'berkurung' tidak relevan lagi - Tinjauan
Tinjauan mendapati, ramai yang bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa langkah 'mengurung' rakyat tidak lagi sesuai.