awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
Gaza perlukan 200,000 unit rumah pasang siap penuhi keperluan kemanusiaan
Wanita warga emas kerugian lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat sudah mula bosan dengan ahli politik rebut kuasa - Sultan Selangor

Astro Awani
Astro Awani
20/10/2020
07:00 MYT
Rakyat sudah mula bosan dengan ahli politik rebut kuasa - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin dukacita kerana kebanyakan ahli politik seolah-olah tidak mempedulikan langsung masalah dan kesusahan yang dihadapi rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, rakyat sudah mula bosan dan meluat dengan tindak-tanduk ahli politik yang dilihat sentiasa bercakaran dan bertelingkah dalam merebut kuasa pemerintahan negara.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin juga berasa dukacita kerana kebanyakan ahli politik seolah-olah tidak mempedulikan langsung masalah dan kesusahan yang dihadapi rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19.
Titah baginda, keadaan rakyat juga bertambah sukar akibat kedudukan ekonomi yang terjejas.
"Ahli-ahli politik seharusnya bertanggungjawab di dalam meastikan penderitaan rakyat ini sentiasa menjadi keutamaan ketika melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka.
"Kesusahan dan penderitaan rakyat di dalam kehidupan seharian perlu segera ditangani dan diselesaikan dengan mengambil pendekatan drastik dan efektif," titah Sultan Sharafuddin.
Baginda turut mengambil maklum dan menyokong kenyataan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 16 Oktober lalu.
BACA: Jangan heret negara ke arah ketidaktentuan - Agong
Dalam masa sama, Sultan Sharafuddin mahu semua pihak terutama ahli-ahli politik untuk sentiasa bekerjasama tanpa mengira pendirian parti dan sentiasa fokus di dalam membantu rakyat dan negara menangani masalah penyebaran wabak COVID-19 serta membina semula ekonomi negara yang terjejas teruk.
Topic Berkaitan
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#COVID-19
#berebut kuasa
#politik
#ahli politik
#kuasa pemerintahan negara
#Sultan Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan