KUALA LUMPUR:Rakyat Malaysia yang tidak mampu membayar kos kuarantin boleh mengemukakan rayuan pengurangan atau pengecualian bayaran kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun ia tertakluk kepada sebab tertentu yang munasabah.
Beliau mengulas mengenai keluhan rakyat Malaysia yang ingin masuk ke Sarawak atas sebab kecemasan, namun berdepan masalah kewangan untuk membayar kos kuarantin yang ditetapkan.
"Saya sudah minta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (membuat pertimbangan) mengenai perkara ini. Mereka maklum keadaan ini. Mereka boleh rayu pengurangan.
"Di Semenanjung Malaysia pun, kalau ada kes pulang dan tak mampu bayar kuarantin. Mereka boleh rayu untuk kurangkan atau kecualikan bayaran dengan alasan tertentu dan Menteri Kesihatan boleh guna kuasa di bawah Akta 342 untuk kurangkan," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Jelasnya, sebab-sebab yang munasabah mungkin boleh dipertimbangkan bagi membolehkan mereka dikecualikan atau kos kuarantin dikurangkan.
"Kita faham yang terima itu agak terkejut namun kalau alasan berasas maka pengurangan dan pengecualian itu boleh dilakukan," ujarnya.
Astro Awani
Wed Nov 11 2020
Pengurangan kos atau pengecualian bayaran tertakluk kepada sebab tertentu yang munasabah. -Gambar fail
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Kerajaan tanggung kos kuarantin jemaah umrah - Abdul Latiff
Kerajaan akan menanggung kos kuarantin termasuk makan, minum dan pengangkutan dari lapangan terbang bagi jemaah umrah yang pulang dari Tanah Suci.
Rakyat tidak mampu boleh rayu kurang, dikecuali kos kuarantin - Ismail Sabri
Rakyat Malaysia yang tidak mampu membayar kos kuarantin boleh mengemukakan rayuan pengurangan atau pengecualian bayaran kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
Penaja tanggung sebahagian kos kuarantin pelajar kembali ke Malaysia - Ismail Sabri
Separuh daripada kos kuarantin di hotel bagi pelajar tajaan di luar negara yang telah tamat pengajian perlu ditanggung oleh pihak penaja setelah mereka pulang ke tanah air mulai 1 Jun ini.