KUALA LUMPUR:Menganalisis data untuk memilih vaksin COVID-19 yang terbaik dan tepat buat rakyat Malaysia sangat penting untuk memastikan rakyat yakin terhadap keselamatan dan keberkesanan vaksin.
Atas sebab itu, Penasihat Sains kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Prof Madya Dr Mohd Ghows Mohd Azzam menegaskan apa sahaja vaksin yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), agensi yang bertanggungjawab meluluskan vaksin, adalah selamat digunakan di negara ini.
"Orang ramai perlu tahu ia adalah lebih rumit (untuk memahami keberkesanan vaksin) daripada hanya (melihat) kepada angka. Inilah sebabnya mengapa NPRA akan menganalisis semua data klinikal, dengan protokol yang berbeza dan akan memutuskan adakah vaksin itu selamat dan berkesan untuk digunakan di Malaysia.
"NPRA bekerja siang dan malam menganalisis semua data ini. Ini bukan proses yang mudah, jadi kita harus memberi mereka masa untuk memastikan bahawa apa sahaja (vaksin) yang mereka luluskan adalah vaksin terbaik untuk kita. Pada masa ini, NPRA telah memberikan persetujuan bersyarat kepada vaksin Pfizer. Sekiranya mereka meluluskan vaksin lain dan saya ditawarkan untuk mengambil vaksin, saya dengan senang hati melakukannya," katanya kepada Bernama.
Dr Mohd Ghows berkata disebabkan pandemik COVID-19, teknologi RNA (mRNA) messenger, yang telah wujud beberapa tahun yang lepas, kini digunakan untuk pembangunan vaksin dan telah terbukti selamat dan berkesan.
Merujuk kepada vaksin Pfizer dan Moderna yang telah menggunakan teknologi mRNA dan mencapai kadar keberkesanan yang tinggi pada tahap lebih daripada 95 peratus, beliau berkata teknologi itu jauh lebih mudah dan cepat untuk dibuat (turutan), sambil menambah bahawa bagi jangka masa panjang, vaksin itu juga berkemungkinan lebih murah untuk dihasilkan melalui kaedah mRNA.
"Satu perkara yang sebenarnya telah dilakukan COVID-19 ini adalah, ia merevolusikan teknologi mRNA kerana sebelum ini masyarakat meragui mRNA, namun beberapa vaksin pertama yang dikeluarkan adalah daripada vaksin mRNA, yang telah menunjukkan keberkesanan yang sangat tinggi iaitu Pfizer dan Moderna.
"Sebagai contoh, vaksin baharu mRNA dapat dihasilkan dalam masa kira-kira enam minggu. Begitulah cepatnya kita dapat mengubah turutan mRNA mengikut kepelbagaian varian. mRNA bersifat sintetik, jadi kita boleh menganalisis turutan dan membuat yang baharu berdasarkan varian yang kita mahukan. Selepas COVID-19, banyak vaksin yang akan menggunakan mRNA kerana ia cepat, murah dan juga sangat selamat. Itu adalah kriteria utamanya," katanya.
Sementara itu, Dr Mohd Ghows menasihati orang ramai untuk sentiasa mencari sumber yang tepat dan memeriksa fakta yang berkaitan dengan sebarang maklumat mengenai vaksin COVID-19 seperti laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akaun media sosial Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Berdasarkan statistik, beliau berkata terdapat 138 juta dos vaksin yang telah diberikan di lebih 70 negara di seluruh dunia, tanpa sebarang laporan kematian yang dikaitkan secara langsung dengan vaksin COVID-19.
Beliau bagaimanapun berkata terdapat individu yang mengalami reaksi alahan setelah divaksinasi, dengan jumlah kes yang rendah dilaporkan.
"Jadi, bagi mereka yang mengalami alahan teruk, mereka harus memberitahu doktor mengenainya. Untuk mengatasi masalah ini, kerana kami tahu terdapat individu yang mempunyai reaksi alahan terhadap vaksin, maka setelah anda mendapat vaksin anda harus menunggu antara 15 hingga 30 minit sebelum pulang, kerana kita mahu doktor memantau sebarang reaksi, (bagaimanapun) kesnya sangat rendah.
"Saya belum pernah mendengar orang berubah menjadi 'zombie' atau mereka tumbuh sepasang sayap setelah diberi vaksin. Tidak ada bukti bahawa kematian itu secara langsung disebabkan vaksin COVID-19," katanya sambil menambah bahawa mendapatkan vaksin sangat penting untuk melindungi bukan hanya seorang individu, tetapi masyarakat secara keseluruhan.
"Semakin lama pandemik COVID-19 berlarutan, semakin banyak jenis virus akan wujud kerana ia secara semula jadinya akan bermutasi," katanya.
"Kita perlu menggunakan vaksin untuk melindungi masyarakat sebaik mungkin. Inilah sebabnya mengapa slogan kami adalah 'lindungi diri, lindungi semua'. Jika anda ditawarkan vaksin, sila ambil. Ia bukan hanya untuk melindungi anda, tetapi juga melindungi semua orang.
"Orang ramai perlu mendapatkan fakta yang sebenar. Contohnya, dapatkan maklumat tepat dengan melayari laman web KKM untuk melihat fakta terkini. Jauhi kumpulan anti vaksin atau mereka yang menghasut bertujuan menakut-nakutkan mengenai virus dan vaksin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021
Prof Madya Dr Mohd Ghows Mohd Azzam menegaskan apa sahaja vaksin yang diluluskan oleh NPRA, adalah selamat digunakan di negara ini. - Foto fail/REUTERS
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
COVID-19: Bekalan stok vaksin sedia ada mencukupi
Bekalan vaksin COVID-19 sedia ada mencukupi untuk masyarakat awam yang ingin mengambil dos penggalak terutama golongan berisiko tinggi dan komorbid.
8.5 juta dos vaksin COVID-19 telah luput - PAC
PAC mendedahkan masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin COVID-19 bernilai RM505 juta telah luput sejak 1 Jun tahun ini.
COVID-19: England kenal pasti 34 kes varian bermutasi tinggi
Daripada 34 kes itu, lima pesakit dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dikaitkan dengan varian baharu yang muncul.
Kertas Putih: Kerajaan terpaksa buat keputusan dasar muktamadkan perolehan vaksin COVID-19
Pada masa yang sama terdapat permintaan yang sangat tinggi daripada semua negara yang lain untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 segera mungkin.
Pharmaniaga catat kerugian bersih RM607 juta, cetus kriteria PN17
Perolehan merosot kepada RM3.51 bilion berikutan permintaan lebih rendah daripada kerajaan untuk pembelian vaksin COVID-19.
KKM bentang Kertas Putih berhubung perolehan vaksin COVID-19 di Dewan Rakyat - PM Anwar
Anwar berkata, ini berikutan dapatan mengenai proses yang didakwa tidak mengikut proses sewajarnya.
Hanya 1.9 peratus populasi Johor dapatkan suntikan dos penggalak kedua
Peratusan individu di Johor yang mendapatkan suntikan dos penggalak kedua dilihat masih rendah iaitu 1.9 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat di negeri ini.
Tarikh luput vaksin COVID-19 dipanjangkan - KP Kesihatan
Tarikh luput vaksin COVID-19 yang digunakan di negara ini telah dipanjangkan tempohnya susulan penemuan data baharu mengenai kestabilan vaksin itu oleh syarikat pengeluar.
Djokkovic dibenar beraksi di Terbuka Australia 2023
Keputusan memberikan visa kepada Djokovic dibuat selepas pihaknya mempertimbangkan semua faktor yang berkaitan.