awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramadan bukan alasan aktiviti minggu pertama persekolahan tidak boleh dilaksana - KP Pendidikan

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
04/03/2024
07:01 MYT
Ramadan bukan alasan aktiviti minggu pertama persekolahan tidak boleh dilaksana - KP Pendidikan
Menurut Azman, sesi persekolahan kali ini adalah tahun kedua pelaksanaan pendekatan baharu iaitu tiada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah pada minggu pertama persekolahan. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Kedatangan bulan Ramadan tidak seharusnya menjadi alasan aktiviti minggu pertama persekolahan tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan
Azman berkata hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) melalui aktiviti minggu pertama adalah untuk melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.
Beliau berharap kerjasama dan sokongan semua peringkat pengurusan tertinggi kementerian, JPN, PPD dan sekolah dipohon untuk memastikan kelancaran minggu pertama persekolahan ini.
"Pada permulaan sesi persekolahan kali ini, pada hari kedua atau hari ketiga persekolahan yang bermula tahun ini juga merupakan bulan Ramadan.
"Oleh itu, kebijaksanaan barisan pentadbir di sekolah sangat dituntut untuk menyesuaikan aktiviti minggu pertama persekolahan dengan datangnya Ramadan ini.
"Walau pun begitu, itu bukanlah menjadi alasan untuk memastikan hasrat KPM melalui aktiviti minggu pertama adalah untuk melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera dapat kita laksanakan dengan sebaik-baik," katanya ketika menyampaikan ucapan majlis amanat sempena pembukaan sesi persekolahan 2024/2025 pada Isnin.
Dalam ucapannya Azman menyeru, semua peringkat pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hadir ke sekolah pada minggu pertama sesi persekolahan 2024/2025 yang bermula minggu depan.
"Tujuan kehadiran kita ke sekolah adalah untuk menzahirkan semangat kebersamaan dalam program pertama minggu persekolahan.
"Aktiviti ini bukanlah bersifat pemantauan atau penilaian tetapi lebih untuk menyantuni warga sekolah dalam program yang dilaksanakan di sekolah," katanya lagi.
Menurut Azman, sesi persekolahan kali ini adalah tahun kedua pelaksanaan pendekatan baharu iaitu tiada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah pada minggu pertama persekolahan.
Sebaliknya, minggu berkenaan bertujuan mengalu-alukan kehadiran murid supaya mereka berasa berminat dan seronok untuk hadir ke sekolah.
Azman menjelaskan, pendekatan itu akan mewujudkan budaya untuk hadir ke sekolah secara berterusan sekali gus momentum tersebut dikekalkan sepanjang tahun.
Topic Berkaitan
#Azman Adnan
#Ramadan
#sekolah
#sesi persekolahan
#aktiviti
#pendidikan
#KPM
#buka sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan