awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramadan medan insafi diri, imarahkan masjid - Sultan Selangor

Sinar Harian
Sinar Harian
23/03/2023
02:00 MYT
Ramadan medan insafi diri, imarahkan masjid - Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan selamat berpuasa. - Foto Facebook/Selangor Royal Office
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan umat Islam menjadikan Ramadan sebagai medan untuk menginsafi dan bermuhasabah diri.
Baginda turut menasihati umat Islam untuk menjauhi perbuatan tercela seperti mengadu domba dan menyebar fitnah.
"Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasullullah SAW bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya (Riwayat al-Bukhari), " titahnya dikongsikan menerusi Facebook Selangor Royal Office pada Khamis.
Menerusi kenyataan itu, baginda dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadan 1444 Hijrah kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat negeri Selangor.
Titah baginda, Ramadan adalah bulan terbaik untuk melipatgandakan amalan-amalan berpahala serta melakukan amal kebajikan.
Baginda turut menasihatkan Muslimin dan Muslimat supaya terus mengimarahkan masjid dan surau termasuk menunaikan ibadah solat sunat tarawih secara berjemaah sepanjang Ramadan. - Sinar Harian
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Ramadan 2023
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#insaf
#muhasabah diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan