awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa dilapor bergelut dengan kanser pundi hempedu
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramai rakyat Malaysia tidak makan sayuran, buah-buahan mencukupi

Bernama
Bernama
26/11/2017
21:23 MYT
Ramai rakyat Malaysia tidak makan sayuran, buah-buahan mencukupi
Lebih 80 peratus rakyat Malaysia tidak memakan sayuran dan buah-buahan yang mencukupi untuk kesihatan diri dan tubuh badan.
Lebih 80 peratus rakyat Malaysia tidak memakan sayuran dan buah-buahan yang mencukupi untuk kesihatan diri dan tubuh badan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata trend itu menunjukkan gaya pemakanan yang tidak sihat dan membimbangkan.
"Perubahan mesti dilakukan kerana sekiranya tidak, ia akan meningkatkan risiko kita mendapat penyakit dan memberi kesan kepada sistem kesihatan secara keseluruhan," katanya selepas merasmikan program Kem Nak Sihat Bersama Komuniti Kekal Sihat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang Lima, di sini pada Ahad.
Dr Subramaniam berkata rakyat Malaysia perlu memakan lebih banyak buah-buahan untuk membantu mengurangkan obesiti serta menghindarkan penyakit yang mempunyai kaitan dengan gaya hidup.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya menerusi Bahagian Nutrisi akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memperluaskan program meningkatkan pemahaman khususnya ibu pelajar mengenai amalan penyediaan makanan sihat.
"Kita nak beri bimbingan kepada ibu mengenai amalan pemakanan sihat kerana mereka adalah pengaruh yang cukup kuat dalam membawa perubahan yang kita harapkan. Program ini bermula awal tahun ini dan berharap dapat diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang," katanya.
Kem Nak Sihat merupakan program outreach yang dirangka khas untuk komuniti bertujuan menyampaikan mesej berkaitan cara hidup sihat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buah
#buah-buahan
#Dr S Subramaniam
#guru
#kesihatan
#makanan sihat
#Malaysia
#rakyat Malaysia
#sayuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan