awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramai tidak tahu penerbangan di Lapangan Terbang Sibu dibatal

Bernama
Bernama
09/04/2017
08:07 MYT
Ramai tidak tahu penerbangan di Lapangan Terbang Sibu dibatal
Kakitangan AirAsia Mohamad Adzlan Shah (kiri) memberi penjelasan mengenai pembatalan penerbangan yang melibatkan 48 penerbangan, kepada penumpang di Lapangan Terbang Sibu hari ini. - Foto BERNAMA
Ramai penumpang yang hendak berlepas dari Lapangan Terbang Sibu ke destinasi lain mendakwa mereka tidak mengetahui mengenai pembatalan semua penerbangan hari ini.
Tinjauan Bernama mendapati mereka hanya mengetahui mengenai pembatalan penerbangan sebaik tiba di lapangan terbang.
Berikutan itu ada yang meminda penerbangan kepada hari esok manakala ada yang mengambil keputusan berlepas daripada Lapangan Terbang Bintulu serta menggunakan perkhidmatan bas ekspress untuk meneruskan perjalanan mereka.
Tinjauan juga mendapati penumpang berbaris panjang di kaunter pendaftaran syarikat AirAsia Berhad dan pejabat Malaysia Airport Berhad untuk mengetahui perkara pembatalan itu.
Pihak Malaysia Airport Berhad didapati ada membuat pengumuman berhubung pembatalan penerbangan.
"Saya baru tiba (di lapangan terbang), saya tidak tahu. Saya akan tanya dengan kaunter pendaftaran apa tindakan selanjutnya yang perlu saya lakukan," kata seorang penumpang yang mahu ke Kota Kinabalu, Norul Mat.
Sujanah Jangbon, 52, yang mahu menghantar anaknya kembali ke Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata sekiranya tidak ada penerbangan langsung hari ini, beliau tidak ada pilihan melainkan menggunakan perkhidmatan bas ekspres ke Kuching malam ini.
Seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam di Melaka, Vincent Kiu, 22, berkata beliau akan menukarkan penerbangannya ke esok kerana beliau tidak perlu bergegas untuk kembali ke kampus.
Pembatalan melibatkan 48 penerbangan yang dijadual tiba dan berlepas hari ini.
Ia melibatkan 28 penerbangan MASwings, AirAsia (16) dan Malaysia Airlines (empat).
Pembatalan penerbangan dibuat susulan kejadian sebuah pesawat MH2718 Malaysia Airlines tergelincir dari landasan 10.17 malam tadi.
BACA: Pesawat Malaysia Airlines MH2718 tergelincir di lapangan terbang Sibu
BACA: Pesawat tergelincir: Lapangan Terbang Sibu ditutup sementara
Pesawat Boeing 737 dari Kuala Lumpur yang mendarat di Sibu itu yang membawa 69 penumpang termasuk krew tergelincir dari landasan kira-kira 1,200 meter dari tempat pendaratan semasa membuat pendaratan dalam hujan lebat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Sibu
#Malaysia Airlines
#MH2718
#pembatalan
#tergelincir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan