KUALA LUMPUR:Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan ramai pihak yang memperkatakan mengenai darurat namun pada hakikatnya tidak faham mengenainya. 

Pada masa sama, beliau juga melihat ada juga kebanyakan mereka faham mengenai darurat, namun tidak mahu bercakap mengenainya. 

"Ramai yang nak bercakap tentang darurat tetapi tak faham apa pun. Ramai juga yang faham, tetapi tak nak bercakap.

"Namun, insya-Allah semakin hari semakin faham. Sama ada ia dilaksana atau tidak,adalah hak dan kata putus Yang di-Pertuan Agong. Baginda memilih untuk berunding dengan Majlis Raja-Raja. Kita bersetia," katanya dalam satu status yang dimuat naik di laman Twitternya pada Ahad. 


Dalam pada itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, pertumbuhan ekonomi dalam situasi pandemik memerlukan langkah berani dan tegas..

"Saya mahu belajar lebih lanjut bagaimana agaknya darurat boleh hancurkan ekonomi. Yang saya faham, ketidakstabilan politik, perebutan kuasa orang politik, kegagalan kawal pandemik telah melumpuhkan ekonomi," ujarnya.