awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
Ribut petir, hujan lebat di lapan negeri sehingga 9 malam ini
PNB hanya pemegang saham minoriti IJM, tiada kawalan keputusan - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rampasan dadah RM30.4 juta dilarikan, 2 pegawai kastam direman

Andy Reza
Andy Reza
06/08/2018
07:47 MYT
Rampasan dadah RM30.4 juta dilarikan, 2 pegawai kastam direman
Subromaniam Tholasy tidak menafikan penglibatan orang dalam dalam insiden rompakan dadah yang dirampas bernilai RM30.4 juta awal pagi ini. -Gambar fail
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy tidak menafikan penglibatan ‘orang dalam’ dalam insiden rompakan dadah yang dirampas bernilai RM30.4 juta awal pagi ini.
Dadah berkenaan dilarikan sekumpulan individu yang memecah masuk premis Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan di Nilai, dekat sini.
“Setakat ini lima individu termasuk dua pegawai kastam ditahan reman polis,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelas beliau, kawalan keselamatan di premis simpanan barangan rampasan juga telah dipertingkat.
Tambahnya, kastam sedang bekerjasama dengan polis untuk menjalankan siasatan sebelum sebarang kenyataan lanjut dikeluarkan.
Dalam kejadian pukul 3 pagi tadi, 10 lelaki bertopeng menaiki dua buah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta memasuki premis yang menempatkan dadah yang dirampas JKDM di Kampung Jijan, Nilai.
Suspek mengikat dua pengawal keselamatan sebelum melarikan 80 kotak dipercayai mengandungi dadah yang disimpan di dalam sebuah kontena.
Ketua polis daerah Nilai, Superintenden Zaldino Zaludin mengesahkan telah menerima laporan.
Topic Berkaitan
#Cawangan Narkotik
#JKDM
#Ketua Pengarah Kastam
#khianat
#orang dalam
#Subromaniam Tholasy
#Zaldino Zaludin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan