awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa - Ahmad Zahid
SPRM mahu DPA dibawa ke Parlimen segera, perkukuh usaha jejak aset jenayah
Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rancang guna mikrofon Allahyarham Sarah, Misha Omar batalkan sebab takut...

Gempak
Gempak
05/06/2022
11:00 MYT
Rancang guna mikrofon Allahyarham Sarah, Misha Omar batalkan sebab takut...
Misha memaklumkan demi membawa bersama roh di atas pentas, dia tidur bersama lagu Sarah. - Gempak
PERSEMBAHAN Misha Omar menerusi segmen Tribute buat Allahyarham Siti Sarah dalam anugerah MeleTOP 2021 masih lagi diperkatakan.
Antara yang menjadi buah mulut peminat mereka adalah mengenai keberkesanan Misha mendendangkan lagu berjudul Bersamamu milik Sarah dengan penuh syahdu dan penghayatan.
Selain mendapat pujian dalam kalangan peminat, suami Sarah, Shuib juga mengakui sangat tersentuh dan berterima kasih dengan dedikasi nyanyian Misha pada malam itu.
Selain mendedahkan perbualan yang pernah mereka bicarakan satu masa dahulu termasuk tentang kematian di Instagram miliknya, Misha memberitahu pada asalnya dia mahu menggunakan mikrofon milik sahabat baiknya itu untuk menyanyi sebagai penghormatan buat Sarah.
“Sebenarnya ikut perancangan asal, saya mahu menyanyi dalam segmen tribute dengan menggunakan mikrofon milik Sarah.
“Saya mahu bawa sesuatu yang mengingatkan kita semua lebih dekat tentang Allahyarham, bukan sahaja menerusi lagunya, tetapi instrumen yang menjadi miliknya iaitu mikrofon,” dedah Misha kepada Gempak.
BACA: 'Tugasan berat untuk digalas' - Misha Omar kongsi perbualan segmen 'tribute' dengan Siti Sarah
Namun rencana dan hasrat itu dipadam kerana penyanyi berkaliber tersebut bimbang jika dia gagal mengawal perasaan di atas pentas.
“Tapi saya batalkan hasrat menyanyi guna mikrofon Sarah sebab bimbang tak boleh kawal perasaan dan menangis di atas pentas.
“Terlalu banyak kenangan saya dan Sarah, termasuk kisah di sebalik mikrofon kami,” katanya.
Meski membatalkan hasrat menyanyi menggunakan mikrofon penyanyi yang berpulang ke negeri abadi sekitar 10 bulan lalu, Misha memaklumkan demi membawa bersama ‘roh’ di atas pentas, dia tidur bersama lagu Sarah.
“Jadi bila dapat tugasan membawa lagu Sarah dalam segmen tribute itu, saya tidur dengan lagu lagu Allahyarham hampir setiap malam.
“Saya mahu ada ‘roh’ Sarah dalam bait nyanyian saya. Dan saya bersyukur kerana Shuib menyedari ada ‘suara’ Sarah dalam nyanyian saya,” katanya.
Terdahulu, selain Misha, seorang lagi penyanyi hebat iaitu Aina Abdul juga diberi kesempatan untuk mendendangkan hit milik Sarah, Ke Hujung Dunia dalam segmen tribute yang diadakan pada malam gemilang anugerah MeleTOP, hujung minggu lalu.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Siti Sarah
#Misha Omar
#Meletop
#Aina Abdul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan