Kenyataan mantan Perdana Menteri Malaysia yang juga bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai belum sampai masanya bagi BN untuk menjadi sebuah parti tunggal dan terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia telah menzahirkan kepelbagaian pendapat dari wakil-wakil parti komponen BN dan penganalisis politik.
Rata-rata mereka berkehendakkan ia tidak harus dilaksanakan secara terburu-buru dan perlukan satu waktu yang sesuai agar gagasan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee ketika ditemubual Astro Awani sangat bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Tun Dr Mahathir itu.
Menurutnya, pelarasan BN ke arah satu parti tidak perlu dilakukan dalam waktu sekarang kerana belum masanya lagi.
“Melihatkan pada keputusan pilihan raya yang baru lalu, kemenangan Umno terus meningkat dan berbanding parti-parti komponen BN yang lain. Oleh itu, parti-parti komponen ini sebenarnya perlu bermuhasabah dan membetulkan halatuju parti masing-masing seperti menggunakan pendekatan baru atau menukar tampuk kepimpinan. Mereka perlu merangka semula strategi mereka dalam menawan kembali undi-undi dari kaum mereka,” kata Syed Ali.
Tambah beliau, hanya jika Umno mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya barulah gagasan satu parti ini boleh dibincangkan.
Penganalisis politik UKM, Datuk Dr Denison Jayasooria pula tidak setuju dengan pandangan mantan Perdana Menteri itu kerana beliau berpendapat sudah tiba masanya BN menggabungkan segala ideologi parti-parti komponen yang bernaung dibawahnya dan menjadikan sebagai satu parti tanpa mengira latarbelakang ideologi, etnik dan agama.
“Formula politik berteraskan kaum ini sebenarnya sudah seharusnya dilupuskan sebaliknya perlu disatukan menajdi satu parti tanpa ada sebarang perkaitan kaum, agama dan ideologi dan apabila formula ini berjaya barulah segala perancangan negara melibatkan semua kaum itu dapat dilakukan dengan efektif tanpa ada sebarang pertelingkahan,” kata beliau.
Menurutnya lagi, pada setiap pilihan raya calon-calon BN akan bertanding sebagai satu parti tunggal dan manifesto yang diperkenalkan juga banyak menjurus kepada semua kaum di Malaysia, namun yang menghairankan, dibawah naungan Parti BN itu masih terdapat parti-parti politik yang berteraskan kaum.
“Langkah begini sebenarnya menyukarkan kewujudan satu kesepakatan dalam Parti BN itu sendiri,” kata beliau lagi.
Sementara itu dua lagi ahli wakil parti komponen BN berpendapat bahawa gagasan BN dalam menadi sebuah parti tunggal untuk semua kaum itu masih belum boleh dilaksanakan pada waktu sekarang kerana ianya memerlukan langkah-langkah persediaan yang tertentu.
Ketua Pemuda MIC, T.Mohan pula berpandangan rancangan ini hanya boleh berjaya dicapai dalam masa antara 20 tahun lagi kerana masing-masing masih lagi belum bersedia kearah perlaksanaan tersebut.
“Ternyata, kita sebenarnya masih belum bersedia lagi kearah itu. Oleh itu, satu perubahan berperingkat perlu dilaksanakan keatas sistem parti itu sendiri bermula dari sekarang,” tegas Mohan.
Antara perubahan tersebut termasuklah melalui cara berpolitik, sistem parti yang lebih transparensi, dan penyerapan orang-orang muda dalam memimpin parti itu sendiri.
Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang pula berkata soal tepatnya masa atau tidak dalam mewujudkan Parti BN sebagai satu parti tunggal untuk semua kaum bukanlah persoalan.
“Perkara ini harus diteliti kerana lama-kelamaan keperluan untuk menjadikannya sebagai satu parti memang akan wujud. Oleh hal demikian, kita haruslah bersiap-sedia dari sekarang dengan penyediaan perubahan-perubahan yang diperlukan untuk kearah itu,” kata Tan.
Beliau menambah lagi, salah satu dari perubahan tersebut ialah perlaksanaan keahlian terus sebagai ahli BN tanpa perlu memasuki apa jua parti komponen dalam BN.
“Kita harus ada satu parti tunggal supaya isu-isu perkauman tidak akan wujud dan saya setuju dengan Tun Dr Mahathir bahawa, perkara ini tidak boleh dilaksanakan dalam satu hari. Namun, langkah-langkah awal sudah boleh dirangka dari sekarang,” kata beliau lagi.
Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pendekatan terbaik pada masa sekarang ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.
Aizat Sharif
Tue Jun 04 2013
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.