awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rancangan pengembalian kalendar persekolahan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
18/03/2024
02:00 MYT
Rancangan pengembalian kalendar persekolahan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 19 hari hingga 27 Mac ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perancangan kerajaan untuk mengembalikan semula kalendar persekolahan yang asal iaitu sesi Januari hingga Disember serta isu kawalan sukatan pelajaran antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat melalui laman rasmi Parlimen, persoalan berhubung kalender sesi persekolahan itu akan dikemukakan oleh Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) kepada Menteri Pendidikan pada sesi soal jawab.
Hassan Saad (PN-Baling) pada sesi sama, turut meminta Menteri Pendidikan menyatakan hasrat bagi membuat penelitian dan kawalan terhadap sukatan pelajaran yang mengganggu mata pelajaran akademik sehingga menjejaskan perancangan guru untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Sementara itu, Datuk Henry Sum Agong (GPS-Lawas) pula bertanyakan kepada Menteri Dalam Negeri mengenai pengoperasian kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Ba’kelalan, Lawas di Sarawak dan Krayan, Indonesia.
Soalan kepada Menteri Kewangan tentang kaedah yang digunakan kerajaan dalam memperkenalkan skim subsidi bersasar agar semua subsidi tidak diselewengkan ke negara jiran, dikemukakan oleh Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan).
Selepas soal jawab, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan sesi pembentangan untuk bacaan kali pertama Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2024.
Turut disenarai dalam aturan mesyuarat itu ialah pembentangan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023, Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2023) 2024.
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 19 hari hingga 27 Mac ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#kalendar persekolahan
#Rang Undang-Undang
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan