Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun Anggota Parlimen ditangguhkan untuk dibentang pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika memaklumkan perkara itu berkata semua kertas dan dokumen berkenaan rang undang-undang itu pada perbahasan kali ini, ditarik balik.
Dewan sebelum itu membahaskan rang undang-undang berkenaan untuk bacaan kali kedua pada kira-kira 7.30 malam sebelum berhenti rehat pada 7.50 malam Khamis, setelah tiada persetujuan dicapai mengenai perkara yang dibincangkan.
Beberapa Anggota Parlimen meminta ia disemak semula dengan memohon amaun lebih tinggi berbanding Anggota Dewan Undangan di beberapa negeri, dengan alasan mereka menggalas pelbagai tanggungjawab dan tugas yang semakin banyak dan mencabar.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin kemudian meminta semua pihak bertenang dan menunggu pengumuman Shahidan mengenainya.
Pada Rabu, rang undang-undang itu yang turut menyentuh kenaikan gaji Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat serta Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dibentang untuk bacaan kali pertama.
Gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dicadangkan naik daripada RM6,508.59 kepada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM4,112.79 kepada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (daripada RM10,847.65 kepada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (daripada RM14,707.20 kepada RM20,000).
Ketika ini, Anggota Parlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan selain elaun bulanan RM5,000 bagi menampung perbelanjaan keraian, gaji pemandu, perjalanan dan bil telefon bimbit.
Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.
Pada 2011, kerajaan menarik balik cadangan menaikkan gaji dan elaun 222 anggota Parlimen berikutan bantahan Anggota Parlimen pembangkang.
Dalam pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata elaun anggota Dewan Rakyat akan dinaikkan daripada bersamaan gred 54 kepada bersamaan Jusa C manakala elaun anggota Dewan Negara akan dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C.
Bernama
Thu Nov 27 2014
Rang undang-undang kenaikan gaji, elaun anggota Parlimen ditangguhkan.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Antara Tun Mahathir dan Azmin, siapa yang berbohong? - Annuar Musa
Kata Annuar, beliau sangat mengenali Tun Mahathir dan berpendapat ada kemungkinan kenyataan perdana menteri itu tidak bersifat literal.
Pembangkang isytihar harta, munasabah - Penganalisis politik
Gesaan kepada pemimpin pembangkang supaya membuat pengisytiharan harta secara terbuka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan adalah munasaba
Ahli Parlimen nafi beri wang sogokan untuk tarik balik laporan kes cabul
Ahli Parlimen itu mendakwa beliau sendiri tidak tahu keluarga mangsa telah bertindak menarik balik laporan tersebut.
PKR dakwa mangsa cabul disogok tarik balik aduan
Mohammad Faisol Abd Rahman mendakwa sehingga kini tiada tangkapan atau tindakan dikenakan terhadap bekas menteri itu.
Najib dan anggota Parlimen terima kunjungan peserta program Mantap
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota-anggota Parlimen BN menerima kunjungan peserta Program Internship Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) Ke-5 di Seri Perdana di sini.
Tiada istilah kekebalan pada anggota Parlimen langgar undang-undang - Abu Zahar
Tiada istilah kekebalan jika mana-mana anggota Parlimen mengeluarkan kenyataan berhubung kait isu hasutan semasa berhujah di dalam persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.