awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rang undang-undang berkaitan larangan lompat parti dibentang hari ini

Bernama
Bernama
27/07/2022
00:15 MYT
Rang undang-undang berkaitan larangan lompat parti dibentang hari ini
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang rasmi Parlimen, Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan dibentangkan bagi bacaan kali pertama.
KUALA LUMPUR: Pembentangan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti bakal menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
Rang undang-undang itu dijangka dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sesi libat urus bagi pembentangan rang undang-undang itu bersama Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang telah diadakan pada Isnin dan Selasa sebelum pembentangan serta perbahasan pada hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang rasmi Parlimen, Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan dibentangkan bagi bacaan kali pertama.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata rang undang-undang itu bakal menjadi pemangkin kepada pengakhiran gejala merokok dalam kalangan generasi belia.
Turut menarik perhatian, isu impak perdagangan negara sejak Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berkuat kuasa di Malaysia pada Mac lepas.
Perkara itu dibangkitkan Datuk Ignatius Darell Leiking (Warisan-Penampang) yang bertanyakan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada sesi soal jawab.
Selain itu, isu kenaikan gaji anggota penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri dibangkitkan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) kepada Perdana Menteri pada sesi sama.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari hingga 4 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Dewan Rakyat
#Rang Undang-Undang Perlembagaan
#Antilompat parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan