SUNGAI PETANI: Rangka manusia ditemukan bersama sebuah motosikal di dalam parit di ladang kelapa sawit, di sini, pada Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.27 petang untuk mengambil mayat yang dipercayai berada di dalam air.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Aman Jaya yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rashid Mamat bersama enam anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.
"Setiba di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melaporkan terdapat mayat yang tinggal rangka dalam parit berkenaan.
"Operasi mengambil mayat itu agak sukar memandangkan keadaan hujan lebat yang menyebabkan kerangka badan itu hanyut dibawa arus deras.
"Tindakan operasi terkini adalah dengan membuat pencarian di permukaan air dan darat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Azahari berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengarahkan bantuan dari BBP Sungai Petani untuk menghantar bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan pencahayaan.
Beliau berkata, pada jam 10.12 malam tadi, PKO melaporkan menemui motosikal dan rangka serta tulang dipercayai milik mangsa sewaktu melakukan rondaan.
"Pihak kami kemudian memaklumkan kepada polis untuk membantu di lokasi kejadian selain tindakan lanjut dilakukan untuk mengumpul rangka terbabit selain motosikal telah berjaya dinaikkan ke tebing parit," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Jan 26 2024
Rangka manusia ditemukan bersama sebuah motosikal di dalam parit di ladang kelapa sawit, Sungai Petani, pada Khamis.
EPL: Mauricio Pochettino pimpin Chelsea benam Spurs
Satu gol pada setiap separuh masa daripada Trevoh Chalobah dan Nicolas Jackson memberikan The Blues kemenangan yang tidak ternilai.
Kadar Fed AS kekal, ekonomi akan mengukuh atau melemah?
Rizab Persekutuan (Fed) AS mengekalkan kadar faedah penanda arasnya tidak berubah. Apakah faktor yang menyumbang kepada keputusan ini dan bagaimana prospek ekonomi serta pasaran dalam tempoh terdekat?
Pelaburan Microsoft: Memperkasa era baharu AI di Malaysia
Microsoft telah mengumumkan komitmen terbesar dalam sejarah 32 tahunnya di negara ini dengan pelaburan berjumlah US$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyokong transformasi digital Malaysia. Bagaimana untuk manfaatkan pelaburan ini serta mempekasa era baharu kecerdasan buatan (AI) di Malaysia?
'Pindahkan jasad Maradona ke tempat lebih selamat' - Anak
Anak-anak Maradona fail permintaan kepada mahkamah untuk pindahkan jasad legenda bola sepak dunia itu "ke tempat yang lebih selamat."
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
AWANI Pagi: Reformasi sistem pendidikan melalui inovasi
Memahami peranan inovasi untuk reformasi sistem pendidikan yang mampan. Diskusi bersama Datuk Dr. Ahmad Ramzi, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Holdings dan Zul Fikri Zamir, Ketua Pegawai Eksekutif 'Untuk Malaysia' 8.30 pagi nanti
Polis kesan pemandu treler sebabkan serpihan besi jatuh di LPT
Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Warga emas nyaris maut digigit tikus
Doktor yang melakukan ujian awal mendapati buah pinggang lelaki itu telah rosak selain mempunyai platelet darah rendah.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Rangka manusia, motosikal ditemukan dalam parit
Rangka manusia ditemukan bersama sebuah motosikal di dalam parit di ladang kelapa sawit.
Kes Bella: Penduduk yakin mangsa dibunuh di tempat lain
Tiada seorang pun penduduk yang mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan penempatan mereka.
Rangka tak sempurna dalam rumah terbengkalai dipercayai Bella
Penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah dijangka dapat merungkai kehilangan Bella.
Hampir 2 minggu hilang, rangka lelaki ditemui bersama motosikal dalam semak
Rangka seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 30 November lalu ditemukan bersama sebuah motosikal di dalam semak di tepi jalan di Bukit Aping, di sini pada Rabu.
Rangka manusia ditemukan di Sungai Malim
Rangka manusia itu ditemukan dalam keadaan tidak sempurna iaitu separuh daripada rangka tersebut tertimbus dengan daun dan tanah.
Rangka manusia ditemukan di bawah jambatan di Putra Heights
Satu rangka manusia yang lengkap berkemeja-T biru, bersinglet putih dan berseluar jeans biru ditemukan di kawasan belukar di bawah jambatan Jalan Persiaran Putra, Putra Heights, Subang Jaya, semalam.
Misteri dua rangka manusia atas bumbung bangunan di Sitiawan
Dua rangka manusia ditemukan di atas bumbung bangunan bersebelahan, sebuah bank di Sitiawan, pagi Isnin.
41 rangka dipercayai keturunan 'Penang Woman' akan dibawa pulang ke tanah air
Sebanyak 41 rangka manusia yang berada di Muzium Kebangsaan Natuurhistorich Leiden, Belanda dan dipercayai keturunan Penang Women dijangka dibawa pulang ke tanah air tahun depan.
Rangka manusia dijumpai di Bukit Pelindung
Lokasi penemuan rangka itu kira-kira dua kilometer dari tempat beg dan selipar milik mangsa yang dijumpai sebelum ini.