awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangka manusia purba dipercayai wanita zaman Neolitik

Astro Awani
Astro Awani
24/04/2017
09:23 MYT
Rangka manusia purba dipercayai wanita zaman Neolitik
Penuntut Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM melakukan proses pencarian cebisan rangka manusia di tapak sebuah rumah di Kampung Guar Kepah, Kepala Batas, 24 April, 2017. --fotoBERNAMA
Penemuan terbaru rangka dipercayai milik manusia purba di tapak pembinaan Pusat Arkeologi Guar Kepah di Pulau Pinang membuktikan wujud manusia pra-sejarah zaman Neolitik di Semenanjung Malaysia pada ketika itu.
Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Mokhtar Saidin berkata, berdasarkan penemuan, gigi rangka berkenaan berkemungkinan milik seorang wanita dari zaman itu yang ditanam mengikut adat masyarakat purba yang menggunakan kulit kerang dan kepah.
Selain kubur dan tulang dipercayai bahagian rusuk, turut ditemui di tapak itu ialah alat pemburuan dan batu laut dipercayai pernah digunakan manusia zaman Neolitik kira-kira 5,000 tahun lalu.
Bagaimanapun, pengesahan mengenai jantina dan punca kematian serta genetik hanya akan dapat diketahui dan disahkan selepas analisa di makmal selesai dilakukan.
Dalam masa sama ahli arkeologi itu juga berkata, penemuan rangka berkenaan yang digelar 'Seberang Perai man' bakal mengukuhkan Guar Kepah sebagai peta arkeologi dunia.
“Rangka ini penting kepada negara dan rantau dan juga dunia kerana dia dikebumikan dalam cengkerang. Di Lenggong, kita jumpa rangka (berusia) 5,000 tahun, tetapi dikebumi di dalam gua.
“Di Semenanjung, ini tak pernah ditemui dan ia jelas mewakili zaman Neolitik," katanya.
Mokhtar berkata, setakat ini, fakta jelas mengenai komuniti Neolitik di Guar Kepah ialah mereka hidup di tepi laut serta menjadikan hidupan laut seperti kepah dan kerang sebagai makanan, selain memburu binatang seperti rusa dan babi.
Kerja-kerja ekskavasi masih lagi dijalankan di 60 petak yang ditanda di tapak berkenaan bagi mengkaji sama ada komuniti Neolitik di Guar Kepah mempunyai kaitan dengan penempatan awal di Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah.
Semua rangka yang ditemui itu akan ditempatkan di Galeri Arkeologi di Guar Kepah yang dijangka siap sepenuhnya pada Oktober ini .
Beliau percaya, dengan adanya galeri berkenaan ia akan memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat artifak sejarah itu dengan lebih dekat dan jelas.
Sebelum ini, 37 rangka yang ditemui pengkaji Inggeris di tapak sama pada tahun 1850 dikatakan disimpan di Universiti Leiden, Belanda.
Minggu lepas, tulang rangka dipercayai milik manusia purba ditemui pada kedalaman dua meter ketika kerja-kerja mengorek tanah untuk pembinaan Pusat Arkeologi Guar Kepah.
Dilaporkan bahawa kontraktor yang menjalankan kerja korek tanah di Galeri Arkeologi Guar Kepah pada 17 April menemui rangka dipercayai milik manusia purba, menyebabkan kerja-kerja dihentikan.
Berikutan itu, sekumpulan penyelidik USM diketuai Mokhtar melakukan penggalian dan kajian mengenai artifak dan rangka yang akan mengambil masa dua minggu.
Topic Berkaitan
#arkeologi
#Neolitik
#purba
#rangka tulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan