KUALA LUMPUR: Rangka tindakan untuk inisiatif pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) bagi industri berasaskan teknologi dan digital dijangka di lancarkan pada Februari 2024, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata rangka tindakan tersebut akan menyediakan hala tuju yang terperinci seperti rangka tindakan sektoral termasuk merancakkan perkembangan syarikat pemula dan menarik syarikat teknologi dunia ke Malaysia.
"Tumpuan seterusnya adalah bagi melengkapkan pelan hala tuju sektor HGHV yang lain dalam tempoh 12 bulan yang akan datang, Kementerian Ekonomi dan kementerian lain (yang terlibat) sedang menumpukan usaha untuk membangunkan rangka tindakan untuk sektor digital dan teknologi.
"Tujuan kita mengadakan rangka tindakan sektoral untuk setiap satu daripada sektor-sektor dibawah HGHV adalah untuk memperincikan lagi sasaran inisatif, projek rintis dan insentif yang akan diberikan oleh kerajaan supaya dapat mempercepatkan pertumbuhan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Rafizi berkata Kementerian Ekonomi akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk membangunkan rangka tindakan sektoral yang sama untuk industri pertanian dan industri asas tani moden.
Manakala, rangka tindakan sektoral yang kelima untuk industri nadir bumi akan dibangunkan bersama-sama dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Rafizi turut berkata beliau optimis bahawa kelima-lima rangka tindakan sektoral HGHV tersebut dapat membantu merancakkan ekonomi negara, sekali gus mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar antara 5.0-5.5 peratus yang ditetapkan di bawah Kajian Separuh Penggal RMK12 (KSP RMK12) 2021-2025.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
Rafizi berkata rangka tindakan tersebut akan menyediakan hala tuju yang terperinci seperti rangka tindakan sektoral termasuk merancakkan perkembangan syarikat pemula dan menarik syarikat teknologi dunia ke Malaysia. - Bernama
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa hari ini
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
#AWANInews #AWANIPagi
- Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa hari ini
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
#AWANInews #AWANIPagi
Sivasangari pemain skuasy wanita ketiga negara tembusi 10 terbaik dunia
Sivasangari muncul pemain wanita ketiga negara yang menembusi senarai 10 pemain terbaik selepas Nicol David dan Low Wee Wern.
Presiden IOC, CMG anugerahkan plak kepada tim media Sukan Olimpik 2024
CMG sebagai agensi penyiar utama bagi Sukan Olimpik Paris 2024, berikrar melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang sejajar dengan mandat.
Banjir Perak: Polis sedia kenderaan ambil, hantar pelajar SMK Alor Pongsu
Bantuan itu diberikan kepada 46 pelajar SMK Alor Pongsu yang terkandas susulan jalan dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Kes penyeludupan: 10 ditahan, pelbagai barangan dirampas
Seramai 10 individu termasuk seorang wanita ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk penyeludupan hidupan liar dalam operasi khas di Selangor, Terengganu, Sarawak dan Sabah antara 14 hingga 18 Mei lalu.
Ebit Liew tidak berbaju ketika panggilan video - Saksi
Saksi kesembilaan pendakwaan kes gangguan seksual, pendakwah tersohor Ebit Lew mendakwa dirinya sering diganggu secara seksual melalui panggilan telefon.
Ramai jemaah haji dikesan sakit sendi dan otot
Hasil Ziarah Rahmah yang digerakkan Unit Kesihatan Awam, mendapati, sakit sendi dan otot kerana membuat pergerakan jauh untuk melakukan ibadat antara permasalahan dialami jemaah sehingga mendorong pihak fisioterapi turut sama dilibatkan dalam program pendiidkan itu.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Audiologis 20dB Hearing, Nurul Amirah Mior Hasim berkata kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza. Jelasnya, warga emas yang tidak mendapatkan rawatan untuk masalah pendengaran berisiko berdepan kesukaran menjalani rutin harian.
KTMB perhalusi garis panduan tren sewaan khas
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khasnya (Charter Train) demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.
Malaysia buat perhitungan dengan Korea Selatan di suku akhir
Aidil Aiman menunjukkan semangat yang tinggi apabila tetap mahu diturunkan walaupun masih dalam proses pemulihan susulan gastrik.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Ia merupakan aspirasi yang diharap dapat dicapai dalam usaha menstruktur semula ekosistem ekonomi syarikat Bumiputera.
TERAJU, Yayasan Peneraju, Ekuinas diberi peranan khusus dalam ekosistem keusahawanan Bumiputera - Rafizi
Inisiatif penjajaran semula ini juga dilakukan susulan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.
RUU rangka kerja kawal selia progresif CCUS akan dibentangkan di Parlimen pada Nov ini
Kementerian Ekonomi dijangka membentangkan rang undang-undang rangka kerja kawal selia progresif mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Parlimen pada sesi November ini.
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas jika tidak alih kepada tenaga mampan - Rafizi
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
KL20 2024: Malaysia berusaha tarik masuk ‘unicorn’ - Rafizi
Kemasukan syarikat 'unicorn' ke dalam negara mampu mencipta pekerjaan yang berkemahiran dan bernilai tinggi.
Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
Bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16).
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.