KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang sekiranya terus bergantung kepada komoditi itu tanpa usaha mempercepat peralihan kepada tenaga lebih lestari.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata pada tahun lepas Malaysia mengimport kira-kira 25 peratus gas bagi memenuhi keperluan negara ekoran kekurangan pengeluaran sumber asli seperti minyak dan gas.
"Saya kira tidak ramai yang tahu bahawa kita telah mula mengimport gas. Bagi tahun ini, saya ingat, dijangkakan sehingga kira-kira 30 peratus daripada gas adalah import dan keadaan ini akan berterusan.
"Oleh itu, kita perlu memaklumkan perkara sebenar kepada rakyat (walaupun) hakikat ini menyakitkan," katanya ketika menjadi ahli panel dalam program 'Minister's Conversation' (Bicara Menteri) 2024 Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, hari ini.
Menjelaskan selanjutnya, Rafizi berkata pengeluaran minyak mentah negara pada masa ini amat rendah iaitu sekitar 400,000 tong sehari berbanding 700,000 tong sehari pada 20 tahun lepas.
Malah, jika tiada sebarang tindakan dibuat menjelang 2050, beliau berkata Malaysia akan bergantung sepenuhnya kepada tenaga gas import yang akan hanya meningkatkan kos sara hidup.
Menyentuh dividen daripada Petronas, beliau berkata langkah pengambilan setiap RM1 dividen berkenaan turut memberi kesan kepada syarikat minyak dan gas negara itu, termasuk mengurangkan kemampuan kewangannya bagi mencari telaga minyak baharu.
Selain itu, Rafizi turut berkongsi beberapa cabaran untuk menstruktur semula ekonomi negara yang tidak dapat dilaksanakan dengan hanya membuat kerangka ekonomi.
"Sebaliknya, ada perkara yang perlu dilepaskan...tidak mungkin keadaan seperti biasa. (Pertamanya) keputusan perlu dibuat bagi memastikan keadaan tidak semakin buruk.
"Kedua, sebarang perubahan daripada status quo, memerlukan perubahan minda dan budaya yang tidak mudah bagi sesebuah negara yang mempunya pandangan serta amalan sedemikian sejak berdekad lamanya," katanya.
Ketiga, katanya, sesuatu dasar yang digubal perlu dibuat dengan mengambil pendekatan menyeluruh dan menyaksikan pelbagai cabaran termasuk soal kemampuan kewangan dan keboleklaksanaan terutamanya dari segi meningkatkan skalanya.
"Perkara keempat dan menjadi cabaran besar adalah untuk menyelaras serta memastikan tahap perubahan yang sama untuk semua dan setiap peringkat (pelaksanaan) bagi pihak berkepentingan," katanya.
Rafizi berkata apa yang penting adalah penjawat awam perlu sedia maklum bahawa kerajaan perlu menekankan untuk membangunkan program-program ekonomi sesuai dengan penerimaan dan kumpulan sasaran.
"(Kita juga perlu memastikan) wang yang kerajaan laburkan nanti memberi kesan dan membuahkan hasil...bukan setakat beri peruntukan, tetapi akhirnya berjaya seperti dirancang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Rafizi berkata pada tahun lepas Malaysia mengimport kira-kira 25 peratus gas bagi memenuhi keperluan negara ekoran kekurangan pengeluaran sumber asli seperti minyak dan gas. - Gambar fail/Bernama
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas jika tidak alih kepada tenaga mampan - Rafizi
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang.