JAKARTA: Rantau ASEAN mengalami 36 bencana sepanjang minggu lepas, termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin, terutama di Indonesia, Filipina dan Malaysia, menurut Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana ASEAN (Pusat AHA) yang berpejabat di Jakarta.
Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, BNPB melaporkan mengenai kejadian banjir, tanah runtuh dan bencana berkaitan angin di beberapa wilayah termasuk Bengkulu, Gorontalo, Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Lampung, Nusa Tenggara Barat, Papua, Riau, Sulawesi Selatan dan Sumatera Selatan.
"Hujan lebat berterusan, angin kencang dan banjir memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan kerosakan yang meluas, khususnya di Jawa Tengah.
"Empat maut, seorang cedera selain kerosakan infrastruktur kediaman, pendidikan dan awam serta tanah pertanian," menurut Pusat AHA dalam maklumat terkini mingguannya.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan banjir di Pahang manakala majlis pengurusan bencana Filipina NDRRMC melaporkan mengenai kejadian tanah runtuh di bahagian tenggara, Davao de Oro.
Sehingga 10 Feb, NDRRMC melaporkan 33 maut, 89 orang hilang, 35 cedera manakala lebih 1,300 keluarga yang hilang tempat tinggal kini ditempatkan di beberapa pusat pemindahan.
Selain itu, Indonesia dan Filipina juga merekodkan 12 gempa bumi melebihi 5.0 pada skala Richter di samping lapan kejadian aktiviti gunung berapi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Kejadian tanah runtuh di bahagian tenggara, Davao de Oro di Filipina meragut 33 nyawa, sementara 89 orang lagi hilang dan 35 yang lain cedera manakala lebih 1,300 keluarga hilang tempat tinggal. - Gambar fail/REUTERS
KKR peruntuk RM24 juta untuk tingkat keselamatan jalan raya di Labuan
Sebanyak RM24.55 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai projek jalan raya sebagai usaha meningkatkan keselamatan pengguna di pulau bebas cukai ini tahun ini.
Kebajikan anggota, ahli keluarga JBPM terus dijaga
Aspek kebajikan dalam kalangan pegawai dan anggota bomba termasuk ahli keluarga merupakan elemen penting yang dititikberatkan oleh barisan kepimpinan tertinggi JBPM.
Enam agenda KPM sokong hala tuju negara
Lembaran reformasi pendidikan menginjak kepada perkara dasar dalam pendidikan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan selari dengan keperluan dunia semasa.
Sektor kewangan digesa bantu perniagaan jadi lebih peka kepada alam sekitar, berdaya tahan
Kamarudin berkata sektor kewangan, khususnya pasaran modal, akan terus memudahkan pembiayaan dan pelaburan yang diperlukan untuk menyokong keutamaan dan komitmen negara.
Penjualan rokok elektronik perlu pendekatan perundangan lebih serius - IKATAN
Kerajaan perlu mengambil pendekatan perundangan yang serius ke atas penjualan produk merokok khususnya rokok elektronik kepada golongan muda.
Azeem Fahmi tidak mahu tertekan buru slot Olimpik Paris 2024
Pelari pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi tidak mahu tertekan dalam memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai Julai ini.
Pelantikan pengerusi SPR harus komited dan bebas - Faisal
Ujarnya lagi, dengan adanya kriteria seperti berikut, mereka akan lebih cakna tentang tanggungjawab terhadap tugas dan amanah yang dipegang.
Dunia membahang, adakah kita sudah melampaui batas selesa?
Dunia terus membahang, adakah kita sudah melampaui batas? Ini amaran buat kita semua...8.1 bilion penduduk bumi.
Panas! Penduduk Rom mula rasa bahang gelombang haba
Panas! Panas! Panas! Impak gelombang panas turut dirasai di Rom, Itali dengan penduduknya kini berada dalam mod bersiap sedia. Air kena cukup, badan harus sentiasa hidrasi berdepan cuaca ekstrem yang belum mereda....dan ini disebabkan perubahan iklim.
Sekolah UNRWA diserang, EU gesa Israel disiasat
Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) menggesa agar siasatan yang telus dijalankan terhadap Israel berkenaan serangan yang berlaku di sebuah sekolah seliaan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa ersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) yang mengorbankan 40 orang awam pada Khamis.
Rantau ASEAN dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk
Rantau ASEAN mengalami 36 bencana sepanjang minggu lepas, termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin, terutama di Indonesia, Filipina dan Malaysia.
Mustapa harap Biden tumpu rantau Asean, tingkatkan dagangan
Datuk Seri Mustapa Mohamed menzahirkan harapan tinggi agar Joe Biden memberi lebih banyak perhatian terhadap rantau ASEAN.
Malaysia destinasi ideal bagi pelabur Qatar - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan keyakinan Malaysia akan menjadi destinasi yang ideal bagi pelabur Qatar, terutamanya untuk mengakses ke pasaran lebih meluas di rantau ASEAN.