awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKR peruntuk RM24 juta untuk tingkat keselamatan jalan raya di Labuan

Bernama
Bernama
07/06/2024
22:00 MYT
KKR peruntuk RM24 juta untuk tingkat keselamatan jalan raya di Labuan
Nanta Linggi (dua, kanan) diberi taklimat projek naik taraf simpang tiga Jalan Penghulu Tuah yang bernilai RM1.2 juta oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Labuan Mohd Faizul Ali Hanapiah (kanan) pada Jumaat. - Foto BERNAMA
LABUAN: Sebanyak RM24.55 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai projek jalan raya sebagai usaha meningkatkan keselamatan pengguna di pulau bebas cukai ini tahun ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata kesemuanya merangkumi penyelenggaraan jalan raya, cerun, jambatan di kawasan kampung, menaik taraf jalan yang kerap berlaku kemalangan serta menyelenggara lampu syarat dan lampu jalan.
"Projek yang dijalankan ini melibatkan pengeluaran 26 perintah kerja dan 15 perolehan kerja bagi pelaksanaan segera projek-projek berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kolej Matrikulasi Labuan di sini pada Jumaat.
Beliau menekankan bahawa Kerajaan Persekutuan konsisten dalam melaksanakan penyenggaraan jalan persekutuan sejajar dengan Program MY Jalan KKR, yang bermatlamat menyediakan infrastruktur lebih baik kepada rakyat.
Menurut Nanta daripada jumlah berkenaan, RM1.3 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja menaik taraf persimpangan tiga di Jalan Penghulu Tuah, di sini yang merupakan kawasan kerap berlaku insiden kemalangan.
"Tanggungjawab kita adalah memastikan jalan raya yang selamat, sehubungan itu usaha menaik taraf persimpangan termasuk memasang lampu isyarat penting bagi mengurangkan kemalangan di kawasan itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lampu jalan
#jalan persekutuan
#kemalangan
#pulau bebas cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan