awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan pengerusi SPR harus komited dan bebas - Faisal

Pia Ernadya
Pia Ernadya
07/06/2024
20:00 MYT
Pelantikan pengerusi SPR harus komited dan bebas - Faisal
Muhammad Faisal berkata, pelantikan pengerusi dan ahli SPR yang baharu perlu mempunyai kriteria yang sangat komited tentang agenda reformasi dan bersikap bebas.- Foto Facebook/Muhammad Faisal Abdul Aziz
KUALA LUMPUR: Pelantikan pengerusi dan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu perlu mempunyai kriteria yang sangat komited tentang agenda reformasi dan bersikap bebas.
Menurut Pengerusi Pilihan Raya Bersih dan Adil, Muhammad Faisal Abdul Aziz, topik tentang agenda reformasi ini sangat kompleks untuk disentuh dan bakal Pengerusi SPR itu haruslah tahu bagaimana ingin mempertengahkan isu-isu seperti pengawalan jentera kerajaan ketika pilihan raya khususnya.
Ujarnya lagi, dengan adanya kriteria seperti berikut, mereka akan lebih cakna tentang tanggungjawab terhadap tugas dan amanah yang dipegang.
"Bagai saya (kriteria) ini penting untuk kita pertengahkan. Ini masa yang sesuai dengan masa yang ada sebab kita tidak tau apa yang akan berlaku dan apa yang akan datang.
"Sebenarnya apabila kita sebut tentang reformasi, (topik) itu terlalu besar dan terlalu banyak (untuk disentuh) contohnya, macam mana hendak mengawal jentera kerajaan dalam kempen dan sebagainya. Sebab itu penting untuk kita cakap siapa yang layak untuk jadi pengerusi SPR supaya dalam tempoh 4 tahun ini, kita boleh bawa perubahan," katanya.
Faisal berkata demikian ketika bercakap sebagai panel dalam forum Bersih: Lantikan Pengerusi SPR, Reformasi Pilihanraya dan Kesan Jangka Panjangnya pada Jumaat.
Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu juga mengambil contoh ahli SPR iaitu Dr Faisal S. Hazis sebagai calon yang berpotensi untuk menjadi Pengerusi SPR.
"Kalau media ada tanya, siapa calon yang sesuai, sebenarnya kita ada orang, kita ada beberapa nama yang boleh dipertengahkan sebagai calon pengerusi SPR. Jika saya boleh namakan, Dr Faisal.
"Kita tahu beliau komited dengan reform agenda, jadi kita kena bagi beliau peluang dan ruang untuk menerajui SPR dan untuk beliau melakukan reformasi," ujarnya.
Terdahulu, media melaporkan kerajaan sudah mengenal pasti calon jawatan pengerusi SPR bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses yang sewajarnya bagi pemilihan itu sudah diikuti dan perlu menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Topic Berkaitan
#Pengerusi SPR
#agenda reformasi
#bersikap bebas
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan