awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rapid Bus beri kerjasama penuh siasatan insiden Jalan Kuchai Maju

Bernama
Bernama
19/09/2025
08:16 MYT
Rapid Bus beri kerjasama penuh siasatan insiden Jalan Kuchai Maju
Rapid Bus berjanji meneliti semula prosedur operasi dalaman bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam. - Gambar hiasan/Rapid KL
KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) kini memberi kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung siasatan insiden melibatkan sebuah van Rapid KL On-Demand (Taman OUG - Kuchai Lama) dengan seorang pejalan kaki di Jalan Kuchai Maju pada 14 Sept lepas.

Ringkasan AI
  • Rapid Bus menggantung tugas pemandu van Rapid KL On-Demand serta-merta susulan insiden melibatkan pejalan kaki di Jalan Kuchai Maju pada 14 September.
  • Syarikat memberi kerjasama penuh kepada siasatan polis dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kehilangan yang dialami.
  • Rapid Bus berjanji meneliti semula prosedur operasi dalaman bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam.

Rapid Bus dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemandu yang terbabit telah digantung tugas serta-merta sementara siasatan dijalankan.
"Kami memahami keresahan orang ramai susulan kejadian berkenaan dan merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa atas kehilangan yang dialami," menurut kenyataan itu.
Rapid Bus turut memberi jaminan bahawa keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam sentiasa menjadi keutamaan, selain meneliti semula prosedur operasi dalaman bagi memastikan tahap keselamatan yang lebih tinggi dapat dipraktikkan dalam semua perkhidmatan.
Syarikat itu juga menghargai pandangan orang ramai dan memohon agar semua pihak memberikan ruang kepada siasatan yang sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rapid KL
#pejalan kaki
#siasatan polis
#Jalan Kuchai Maju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan