awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rapid Rail sediakan bas perantara lengkapkan perkhidmatan KL monorail

Bernama
Bernama
14/05/2017
13:23 MYT
Rapid Rail sediakan bas perantara lengkapkan perkhidmatan KL monorail
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) akan menyediakan bas perantara pada waktu kemuncak pagi dan petang bagi melengkapkan perkhidmatan KL Monorail, mulai esok. - Gambar fail
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) akan menyediakan bas perantara pada waktu kemuncak pagi dan petang bagi melengkapkan perkhidmatan KL Monorail, mulai esok.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zohari Sulaiman berkata perkhidmatan bas perantara itu diadakan antara setiap tujuh dan 15 minit di beberapa stesen yang sibuk antara pukul 7 dan 9 pagi serta 5 petang hingga 7 malam.
Katanya bas perantara itu disediakan antara Stesen KL Sentral di hadapan NU Sentral dan Stesen Raja Chulan.
"Bas perantara itu juga disediakan antara Stesen Chow Kit dan Bukit Bintang di hadapan Plaza Sungei Wang, serta antara Stesen Hang Tuah dan Raja Chulan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata tambang RM1 dikenakan kecuali di stesen bersepadu Hang Tuah bagi penumpang dari Laluan Sri Petaling/Ampang di mana mereka dikecuali daripada tambang.
"Sebagai tambahan kepada perkhidmatan bas perantara itu, penumpang juga boleh memilih bas percuma Go KL khususnya Laluan Biru Go KL antara Chow Kit dan Bukit Bintang, serta Laluan Hijau Go KL antara KLCC dan Bukit Nanas.
"Kami akan memantau corak perjalanan penumpang serta keperluan mereka dan akan menyusun semula jadual bas jika diperlukan," katanya.
Beliau berkata bas perantara itu diperkenalkan sebagai pilihan kerana KL Monorail beroperasi menggunakan dua tren sahaja bagi satu-satu perjalanan setiap lapan minit sehingga diberitahu kelak, berikutan pemberhentian perkhidmatan empat tren setiap perjalanan sejak Jumaat lepas.
"Kami telah mengenal pasti beberapa perkara berkaitan keselamatan berkaitan perkhidmatan menggunakan empat tren dan telah meminta Scomi, pengeluar tren itu, untuk melakukan kerja penambahbaikan serta menilai semula sama ada ia layak digunakan.
"Ini bagi memastikan tren itu sesuai beroperasi dan keselamatan awam tidak diketepikan," katanya.
Sementara itu, Zohari berkata lebih ramai tenaga kerja termasuk polis bantuan dan staf operasi akan ditempatkan di stesen bagi membuat kawalan orang ramai serta membantu penumpang.
Katanya pengumuman akan dibuat secara lebih kerap di stesen untuk memaklumkan kepada penumpang mengenai status perkhidmatan itu dan penumpang juga boleh mengikuti atau berhubung terus menerusi Facebook @myrapid dan Twitter @AskRapidKL atau @MyRapidKL untuk mendapatkan maklumat terkini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas
#kl monorail
#perantara
#perkhidmatan
#rapid rail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan