awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis Perundingan Gig bakal ditubuh, bincang isu ‘bidding’ e-hailing - KESUMA
Kotak hitam pesawat tentera Libya terhempas ditemukan
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RapidKL lanjut waktu perkhidmatan tren, bas sempena Tahun Baharu

Bernama
Bernama
28/12/2016
08:30 MYT
RapidKL lanjut waktu perkhidmatan tren, bas sempena Tahun Baharu
Sempena sambutan Tahun Baharu 2017, waktu operasi perkhidmatan LRT, MRT, bas RapidKL dan KL Monorel di beberapa stesen terpilih bakal dilanjutkan pada Sabtu ini. -Gambar fail
Sempena sambutan Tahun Baharu 2017, waktu operasi perkhidmatan LRT, MRT, bas RapidKL dan KL Monorel di beberapa stesen terpilih bakal dilanjutkan pada Sabtu ini.
Ketua Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana, Lim Jin Aun berkata ia adalah bagi memenuhi keperluan orang ramai yang ingin menghadiri sambutan itu selain untuk mengelak kesesakan lalu lintas di kawasan berdekatan.
Stesen yang akan dibuka sehingga pukul 2 pagi itu ialah Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT KLCC bagi Laluan Kelana Jaya manakala bagi Laluan Ampang dan Sri Petaling, stesen terlibat adalah Stesen LRT Masjid Jamek.
Bagi Laluan KL Monorel pula, waktu operasi di Stesen Bukit Nanas akan dibuka sehingga pukul 2 pagi manakala Stesen Hang Tuah sehingga 12.30 tengah malam.
"Bagi perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, Stesen Mutiara Damansara dan Bandar Utama juga akan dibuka sehingga 2 pagi," kata Lim dalam kenyataannya hari ini.
Beliau berkata waktu operasi bas RapidKL dilanjutkan sehingga 2.30 pagi bagi laluan tertentu. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas rapidkl
#KL Monorel
#Kumpulan PRASARANA
#LRT
#MRT
#sambutan Tahun Baharu 2017
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan