awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raptai penuh Hari Kebangsaan berlangsung tiga hari bermula 27 Ogos ini

Bernama
Bernama
18/08/2024
09:25 MYT
Raptai penuh Hari Kebangsaan berlangsung tiga hari bermula 27 Ogos ini
Orang ramai yang ingin menyaksikan raptai penuh tersebut agar mengikuti arahan pada papan tanda yang disediakan di kawasan tersebut berikutan penutupan jalan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2024 akan berlangsung selama tiga hari, dari 27 hingga 29 Ogos ini, di Dataran Putrajaya.
Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Komunikasi Harun Ali menyarankan orang ramai yang ingin menyaksikan raptai penuh tersebut agar mengikuti arahan pada papan tanda yang disediakan di kawasan tersebut berikutan penutupan jalan.
Beliau berkata laluan perarakan sambutan Hari Kebangsaan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menuju ke Masjid Putra di Putrajaya akan siap diatur menjelang 22 Ogos ini.
Katanya, Perbadanan Putrajaya selaku tuan rumah tahun ini, sedang menjalankan kerja-kerja pengalihan pasu bunga sepanjang laluan perarakan bagi memastikan acara itu berjalan dengan lancar.
"Perarakan ini dirangka oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan setiap tahun ia ada keunikannya, ada elemen kejutan, datanglah pada 31 Ogos ini," katanya ketika ditemu bual pada program Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, hari ini.
Tambah beliau, sekitar 8,000 kerusi serta 100 reruai penjaja disediakan untuk pengujung pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini .
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Raptai penuh
#Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
#Masjid Putra
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan