Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Khamis dihukum penjara enam tahun dan denda RM5.4 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah atas lapan pertuduhan menerima rasuah melebihi RM1 juta termasuk sebuah kereta mewah, BMW, empat tahun lalu.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Dr Shahanom Uthman, 53, yang merupakan bekas Pengurus Besar (Bahagian Projek dan Servis) Malaysia Transfomer Manufacturing Sdn Bhd (MTM) dan dia akan dipenjara 26 tahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Azura turut membenarkan permohonan tertuduh untuk menggantung perlaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan, bagaimanapun denda keseluruhan perlu dibayar selewat-lewatnya pada 22 Jan tahun depan.
Hakim itu berkata mahkamah tidak mempercayai keterangan pembelaan tertuduh kerana keterangannya tidak konsisten dan hanya penafian semata-mata.
Bagi setiap pertuduhan tersebut, Shahanom dihukum penjara antara dua dan enam tahun serta didenda antara RM75,000 dan RM1.65 juta, dan kesemua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak dan jika gagal membayar denda, dia akan dipenjarakan 26 tahun.
Mahkamah turut memerintahkan agar barangan peribadi seperti kereta mewah, cincin, beg tangan dan jam tangan jenama Tag Heuer dilucutkan hak dan diserahkan kepada kerajaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang tunai RM940,000 dan sebuah kereta BMW bernilai RM140,000 daripada Pengarah Syarikat Bina Mekar Sdn Bhd, Ahsan Sabri Pang Abdullah dan pekerja syarikat tersebut, Te Boon Chun sebagai upah agar memberi diskaun kepada timbangan berat tembaga yang belum diproses.
Shahanom dituduh melakukan kesalahan tersebut di lima lokasi tempat letak kereta iaitu di bangunan Starhill Gallery, KL Festival City, Restoran Stadium Negara, Restoran ZK Al-Azmi Garden dan di pejabat Bina Mekar antara 11.30 pagi dan 9 malam, antara 5 Dis 2013 dan 18 Dis 2014.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Fahmi Abd Moin.
Fahmi memberitahu media bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini, terhadap keputusan itu. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 21 2017
Shahanom dihukum penjara enam tahun dan denda RM5.4 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - BERNAMA/Fail
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Rasuah: Bekas pengurus besar anak syarikat TNB dipenjara
Shahanom Uthman, 53, dihukum penjara enam tahun dan denda RM5.4 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.