NATIONAL
Rasuah lebih RM1 juta: Tiga termasuk pendaftar perkahwinan direman

Tiga lelaki termasuk pendaftar perkahwinan jabatan kerajaan di Perlis direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah RM1.18 juta melibatkan urusan pendaftaran perkahwinan pasangan bernikah di Thailand. -Gambar fail/Bernama
KANGAR: Tiga lelaki termasuk pendaftar perkahwinan jabatan kerajaan di Perlis direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah RM1.18 juta melibatkan urusan pendaftaran perkahwinan pasangan bernikah di Thailand.
Ringkasan AI
- Tiga lelaki direman lima hari untuk membantu siasatan kes rasuah RM1.18 juta melibatkan urusan pendaftaran perkahwinan pasangan yang bernikah di Thailand.
- Suspek pertama, yang bekerja sebagai pendaftar perkahwinan, dipercayai menerima wang rasuah RM1.18 juta daripada pemilik syarikat untuk membolehkan pasangan yang bernikah di Thailand mendaftar perkahwinan di jabatan agama di Perlis tanpa melalui prosedur ditetapkan.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani, mengesahkan penahanan tersebut.
Suspek pertama itu katanya, dipercayai menerima wang rasuah RM1.18 juta daripada pemilik syarikat terbabit bagi membolehkan pasangan yang bernikah di Thailand mendaftar perkahwinan di jabatan agama di Perlis tanpa melalui prosedur ditetapkan.
"Suspek pertama ini dipercayai telah berurusan dengan pemilik syarikat berkenaan menerusi bapanya yang bertindak sebagai orang tengah. Suspek dipercayai telah melakukan perbuatan berkenaan dari 2022 hingga 2023 dan telah menerima wang rasuah keseluruhannya dianggarkan RM1.18 juta," kata sumber itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami