Skip to main content

Dunia

Paris larang protes berhampiran sekolah, universiti susulan keganasan

Anggota polis antirusuhan Perancis menahan seorang penunjuk perasaan ketika hari kelima berturut-turut demonstrasi yang berlangsung pada hari Sabtu di Paris, Perancis. - Foto REUTERS
Anggota polis antirusuhan Perancis menahan seorang penunjuk perasaan ketika hari kelima berturut-turut demonstrasi yang berlangsung pada hari Sabtu di Paris, Perancis. - Foto REUTERS
Advertisement

PARIS: Polis Paris menguatkuasakan larangan sementara terhadap protes berhampiran 10 sekolah menengah dan lima universiti bagi membendung gangguan serta insiden keganasan yang berlarutan sejak beberapa minggu lalu.

Menurut laporan BBC, larangan itu berkuat kuasa selama lima hari, dari 16 hingga 20 November, dan meliputi sebarang perhimpunan atau perarakan tanpa kebenaran dalam lingkungan 100 meter dari institusi pendidikan yang terlibat.

Ketua Polis Paris, Patrice Faure, berkata langkah tersebut diambil selepas berlakunya sekatan di pintu masuk sekolah dan universiti, kerosakan harta awam, keganasan terhadap warga pendidikan serta pertempuran dengan pihak berkuasa.

Advertisement

Gelombang protes itu bermula pada September susulan rungutan mengenai keadaan sekolah menengah di Perancis sebelum merebak ke universiti, kumpulan pekerja dan aktivis gerakan "jaket kuning" yang memprotes kos sara hidup.

Menurut BBC, seramai 1,548 individu telah ditahan di Paris sejak demonstrasi bermula.

Advertisement

Pada Sabtu lalu, kira-kira 106,000 orang menyertai protes di seluruh Perancis, termasuk 24,000 di ibu negara.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri Perancis memaklumkan jumlah peserta dan tangkapan pada hujung minggu lalu lebih rendah berbanding minggu-minggu sebelumnya, dengan 219 tangkapan direkodkan di seluruh negara, termasuk 45 di Paris.

 

 

Must Watch Video

Advertisement