awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Pengarah agensi kerajaan, dua kontraktor, direman di Labuan

Bernama
Bernama
22/11/2016
09:13 MYT
Rasuah: Pengarah agensi kerajaan, dua kontraktor, direman di Labuan
Seorang pengarah agensi kerajaan persekutuan di Labuan dan dua kontraktor ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan pembinaan medan selera berharga RM12 juta di Tg Purun. - Foto Bernama
Seorang pengarah agensi kerajaan persekutuan di Labuan dan dua kontraktor ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan pembinaan medan selera berharga RM12 juta di Tg Purun di sini.
Pengarah berusia 59 tahun dan kedua-dua kontraktor itu, masing-masing berumur lingkungan 40-an, diperintah supaya ditahan reman selepas mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Haizah Tamin membenarkan permohonan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman ketiga-tiga mereka selama tujuh hari.
SPRM membekukan 12 bank akaun pengarah itu membabitkan jumlah RM899,000 iaitu sebahagian daripada berjuta-juta ringgit yang dipercayai diraih menerusi rasuah.
Pengarah itu ditahan pada Isnin kira-kira 11.50 pagi di ibu pejabat SPRM Putrajaya, manakala dua kontraktor itu ditahan pada 6.30 petang di pejabat SPRM Labuan.
Suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. -- Bernama
Topic Berkaitan
#pengarah ditahan
#Rasuah
#salah guna kuasa
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Wilayah Persekutuan Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan