PUTRAJAYA: Tarikh akhir pengurusan kes rayuan Datin Seri Rosmah Mansor terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta bagi kesalahan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak ditetapkan pada 19 Dis ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn memberitahu pemberita, tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Norkamilah Aziz ketika pengurusan kes, hari ini.
Menurut Poh, pihak pendakwaan akan memohon supaya rayuan Rosmah terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan yang menolak permohonannya supaya hakim itu menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes dan membuat keputusan mengenai kes solar tersebut didengar bersama dengan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh hakim berkenaan.
Prosiding yang berlangsung secara dalam talian itu turut disertai peguam Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader, mewakili Rosmah.
Rosmah, 70, yang memfailkan petisyen rayuan pada 13 Okt lepas, telah mengemukakan 127 alasan, antaranya mendakwa keseluruhan keputusan Hakim Mohamed Zaini yang menjatuhkan hukuman terhadapnya adalah berat sebelah dan tidak berlandaskan pertimbangan yang betul.
Pada 1 Sept lepas, Hakim Mohamed Zaini mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.
Mahkamah juga memerintahkan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Rosmah dituduh atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 14 2022

Pada 1 Sept Rosmah didapati bersalah oleh mahkamah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Banduan lari dari Pusat Koreksional Jasin berjaya ditangkap
Polis berjaya menahan seorang banduan yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin sejak enam hari lepas, di sekitar kawasan Alor Gajah malam tadi.

Ustaz Abdullah Khairi dakwa digam daripada program ceramah
Abdullah Khairi memaklumkan beliau 'digam' untuk dua program termasuk Forum Perdana berkenaan.

Saham YTL Power naik selepas umum kerjasama dengan TNB bekal elektrik ke Singapura
Saham YTL Power International Bhd naik 1.5 sen kepada 74.5 sen selepas ia mengumumkan kerjasama dengan unit TNB untuk membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik dari Malaysia ke Singapura.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 364.3 peratus
Kes denggi dijangka meningkat pada bulan Januari dan Februari serta memuncak pada Jun dan Julai 2023.

Tiada penghantaran jet ke Ukraine - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin berkata bahawa beliau tidak akan meluluskan penghantaran jet pejuang F-16 ke Ukraine.

Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
Soal pemilihan calon yang diketengahkan pada pilihan raya diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti itu.

Op Limau: 905 individu ditahan disyaki terlibat perjudian
Kesemua tangkapan itu membabitkan 137 serbuan bagi tempoh 15 hingga 29 Jan lepas.

Ringkas SPUTNIK: Kaedah selesai konflik perlu diterima bersama
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ipoh bandar paling murah bagi pendidikan antarabangsa di Asia - Datuk Bandar
China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa.

Rasuah projek solar: Pengurusan kes rayuan Rosmah pada 19 Dis
Rosmah memfailkan petisyen rayuan dengan kemuka 127 alasan, antaranya mendakwa keseluruhan keputusan Hakim Mohamed Zaini berat sebelah.

Rosmah beri 127 sebab kenapa hukuman ke atasnya perlu diketepi
Rosmah menegaskan bahawa antara alasan yang dibangkitkan ialah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan pada 1 September lalu adalah berat sebelah.

Rasuah projek solar: Pengurusan kes rayuan Rosmah pada 14 Nov
Tarikh pengurusan kes rayuan Datin Seri Rosmah Mansor terhadap sabitan bagi kesalahan rasuah membabitkan projek solar hibrid ditetapkan pada 14 Nov.

Kes rasuah solar: Rosmah dipenjara 10 tahun, denda RM970 juta
Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, dan denda RM970 juta ke atas Datin Seri Rosmah Mansor.

Kes rasuah projek solar ditangguh lagi, status MySejahtera Rosmah masih jingga
Ia ditangguhkan buat kali ketiga setelah status MySejahteranya masih menunjukkan beliau mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19.