awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah RM155 juta: Peter Anthony ditahan SPRM

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
05/01/2018
09:23 MYT
Rasuah RM155 juta: Peter Anthony ditahan SPRM
Peter di pejabat SPRM Sabah pagi tadi. - Astro AWANI
Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas hadir memberi keterangan berhubung kes urusan pembelian tanah ladang sawit bernilai kira-kira RM155 juta di Tongod, Sandakan, Sabah.
Penahanan Peter, 47 tahun, disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki.
Terdahulu, Peter hadir untuk memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah pada jam 10.25 pagi tadi bagi membantu siasatan urus niaga pembelian tanah berkenaan.
Selepas memberi keterangan selama kira-kira 3 jam, Peter terus dibawa ke rumahnya di Luyang, dipercayai untuk mendapatkan dokumen berkaitan siasatan yang dijalankan terhadapnya.
Dia diiring keluar dengan keadaan tangannya bergari oleh sepasukan anggota pegawai SPRM kira-kira jam 1.20 petang.
Pada Rabu, SPRM memberi tempoh 48 jam kepada Peter dan seorang lagi individu dikenali sebagai Michael Persius Ubu untuk menyerah diri dan memberikan kerjasama berhubung siasatan kes pembelian tanah di Tongod.
Laporan sehingga jam 4.30 petang tadi bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Michael sudah menyerah diri atau sebaliknya.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#makan suap
#pembelian tanah
#Peter Anthony
#Rasuah
#Sandakan
#SPRM
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan