awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan MA63 terus menjadi agenda utama Kerajaan MADANI - Peguam Negara
Pendidikan baik lahirkan insan cemerlang akademik, berakhlak - PM Anwar
Letupan di Universiti HELP: Polis siasat pelbagai sudut termasuk kecuaian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Tindakan undang-undang tidak wajar cemari imej kementerian, pasukan keselamatan - PM Anwar

Bernama
Bernama
16/01/2026
09:45 MYT
Rasuah: Tindakan undang-undang tidak wajar cemari imej kementerian, pasukan keselamatan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata tindakan tegas itu hanya membabitkan segelintir pegawai yang didapati terlibat dalam kes rasuah dan tidak seharusnya dikaitkan dengan imej atau kredibiliti keseluruhan kementerian atau agensi terlibat. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar tidak timbul sebarang persepsi negatif terhadap mana-mana kementerian atau pasukan keselamatan susulan tindakan undang-undang yang diambil berhubung kelemahan dalam pelaksanaan projek tertentu.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya tidak ada persepsi negatif terhadap kementerian atau pasukan keselamatan berikutan tindakan undang-undang terhadap kelemahan dalam projek tertentu.
  • Perdana Menteri menegaskan tindakan tegas hanya melibatkan segelintir pegawai yang terlibat dalam kes rasuah, tidak sepatutnya dikaitkan dengan imej keseluruhan kementerian atau agensi terlibat.
  • Kerajaan sedar terdapat beberapa kementerian yang belum mencapai sepenuhnya sasaran pelaksanaan projek, khususnya pada tahun lepas, dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang terlibat tanpa mencemarkan imej keseluruhan.

Perdana Menteri berkata tindakan tegas itu hanya membabitkan segelintir pegawai yang didapati terlibat dalam kes rasuah dan tidak seharusnya dikaitkan dengan imej atau kredibiliti keseluruhan kementerian atau agensi terlibat.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata meskipun prestasi pelaksanaan projek fizikal pada tahun-tahun terdahulu secara umumnya adalah baik, kerajaan me nyedari masih terdapat beberapa kementerian yang belum mencapai sepenuhnya sasaran pelaksanaan projek, khususnya bagi tempoh tahun lepas.
Beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar semalam.
"Seperti isu rasuah, ia hanya membabitkan segelintir kecil. Saya mahu rakan-rakan di pasukan keselamatan, tentera dan polis memahami bahawa secara keseluruhannya mereka berwibawa, cekap dan telah banyak berkorban.
"Sama juga dengan kementerian. Apabila ada teguran supaya prestasi diperbaiki, ia tidak bermakna keseluruhan jentera itu gagal, sebaliknya beberapa tindakan perlu disegerakan, khususnya melibatkan projek-projek kecil yang memberi manfaat langsung kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, di sini hari ini.
Sehubungan itu, Anwar menegaskan tindakan sewajarnya perlu diambil kepada pegawai-pegawai tertentu yang terlibat, tanpa menghukum atau mencemarkan imej keseluruhan kementerian atau pasukan keselamatan.
Semalam, Shamsul Azri dilaporkan berkata seramai 14 ketua setiausaha (KSU) kementerian akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung kegagalan kementerian masing-masing mencapai sasaran pelaksanaan pembangunan projek fizikal tahun lepas.
Tanpa memperincikan kementerian terlibat, beliau berkata pencapaian perbelanjaan pembangunan asas (DE Asas) negara tahun lepas hanya mencapai purata nasional 87.91 peratus.
Menurut Shamsul Azri, projek berkepentingan rakyat seperti pembinaan serta kerja-kerja naik taraf infrastruktur jalan raya, sekolah, klinik dan hospital tetap dilaksanakan, namun pelaksanaannya berjalan agak perlahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes rasuah
#tindakan undang-undang
#kementerian
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan