PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa agensi penguat kuasa tempatan yang terlibat dalam penyelewengan permohonan visa oleh warga Bangladesh memasuki Malaysia kononnya untuk tujuan melancong.
Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, perkara itu masih dalam siasatan dan tidak boleh didedahkan kepada umum.
"Mungkin ada penglibatan beberapa pihak berkuasa di negara ini. Saya tidak kata Imigresen tetapi beberapa pihak berkuasa tempatan," katanya menerusi sidang akhbar sempena majlis pelancaran pemakaian kamera badan (BWC) dan jaket SPRM di sini pada Isnin.
Menurutnya, SPRM sedang mengesan sejumlah wang disyaki dibayar bagi tujuan perolehan visa pelancong yang disalahgunakan untuk memasuki negara ini.
"Kami juga mengesyaki terdapat sejumlah besar wang disalurkan melalui sistem hawala di beberapa tempat," jelasnya.
Sistem hawala merupakan penghantaran wang melalui kaedah bawah tanah tanpa lingkungan sistem perbankan atau syarikat kewangan rasmi.
Pada Jumaat, SPRM menahan dua lelaki kerana disyaki menerima wang rasuah bagi meluluskan permohonan visa oleh warga Bangladesh memasuki Malaysia, kononnya untuk tujuan melancong.
Penahanan dua individu berusia lewat 30-an itu dibuat kira-kira jam 6.30 petang, di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada Khamis.
Sebelum ini, Wisma Putra turut mendedahkan dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) yang ditempatkan sementara untuk bertugas di Pejabat Atase Imigresen di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh diberkas SPRM selepas disyaki menerima wang rasuah bagi pengeluaran Visa Luar Negara dan kemasukan pelancong serta pekerja Bangladesh ke negara ini.
SPRM mengesan beberapa transaksi kemasukan wang mencurigakan ke dalam akaun bank kedua-dua suspek dan mereka sudah diarahkan pulang ke Malaysia untuk membantu siasatan kes terbabit.
Lebih 20 akaun bank membabitkan individu dan syarikat berkaitan sudah diambil tindakan pembekuan selain menyita lapan bidang tanah dianggarkan bernilai RM3.1 juta.
Ditanya mengenai sama ada pegawai Imigresen tersebut digantung telah digantung tugas, Azam berkata, perkara itu diserahkan kepada pimpinan tertinggi agensi berkenaan untuk diputuskan.
"Itu tanggungjawab Imigresen. Kami jalankan siasatan dan sedang siapkan kertas siasatan," katanya.
Sementara itu mengulas mengenai siasatan kecurian unsur nadir bumi (REE) di Sik Kedah, Azam berkata, lebih ramai saksi akan dipanggil.
"Setakat ini empat telah dipanggil untuk memberi kenyataan," katanya.
Beliau berkata, fokus SPRM tidak hanya tertumpu kepada isu wang semata-mata malah turut merangkumi pematuhan kelulusan REE.
"Menjadi tanggungjawab kami di bawah Seksyen 7 untuk melihat kepada sistem dan prosedur yang ada sekiranya terdapat kelemahan dan sebagainya," jelas beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 31 2023
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, perkara itu masih dalam siasatan dan tidak boleh didedahkan kepada umum. - Gambar fail
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
SPRM pastikan titah Agong dilaksanakan sepenuhnya, penuh integriti - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan sepenuhnya, dan menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh integriti.
'Bulan madu dah tamat, sekarang pergi tangkap lebah' - titah Agong kepada Azam Baki
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin bertitah bahawa memerangi rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahan Baginda.
PM terkesan dengan kes rasuah Kastam di KLIA
Katanya, kecurangan masalah rasuah, biarpun membabitkan jabatan kecil di JKDM, masih boleh menyebabkan kerugian hampir RM2 bilion.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.